Persatuan Bola Sepak Singapura

Persatuan Bola Sepak Singapura (Inggeris: The Football Association of Singapore - FAS) adalah badan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di Singapura. Tanggungjawab utamanya adalah untuk membangunkan sukan bola sepak di Singapura.

Persatuan Bola Sepak Singapura
AFC
Logo persatuan
Ditubuhkan1892
Penggabungan FIFA1952
1954
1984

Sehingga tahun 1994, ia sentiasa menghantar pasukan negaranya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Malaysia dan Liga Malaysia. Ia menarik diri pada akhir musim 1994 disebabkan pertelingkahan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai hasil jualan tiket. FAS memutuskan untuk menarik diri bagi memberikan perhatian penuh kepada pembangunan liga tempatannya, S. League.

Ia ditubuhkan pada 1952. Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura atau Singapore Amateur Football Association (SAFA) yang menjadi badan tertinggi bola sepak di Singapura. SAFA ditubuhkan pada 1892 dan mengaku sebagai persatuan bola sepak tertua di Asia.

Pautan luarSunting