Pertempuran Sungai Plate

Pertempuran Sungai Plate merujuk kepada pertempuran terakhir Admiral Graf Spee . Mulai September sehingga Disember 1939 Admiral Graf Spee menengelamkan sembilan buah kapal dagangan di Atlantik Selatan dan Lautan India, yang pertama pada 30 September 1939. British membentuk tujuh pasukan pemburu di Atlantik dan satu di Lautan Indian bagi menjejak Admiral Graf Spee, sejumlah tiga kapal tempur, dua kruiser tempur, empat kapal induk, dan 16 kruiser (termasuk beberapa kapal Perancis). Lebih banyak kumpulan pemburu dibentuk kemudiannya.

Kapal tempur poket Jerman Admiral Graf Spee.

Pada 13 Disember 1939, Admiral Graf Spee dikesan oleh Kumpulan Pemburuan G British, terdiri daripada penjajap HMS Exeter dengan meriam 8 inci (203 mm) dan penjajap ringan HMS Ajax dengan meriam 6 inci (152 mm) dan HMS Achilles, dengan itu memulakan Pertempuran Sungai Plate. Selepas menerima kerosakan yang kelihatannya teruk, tetapi sebenarnya hanyalah ringan sahaja Admiral Graf Spee memasuki pelabuhan berkecuali Montevideo, Uruguay, untuk pembaikian.

Pada waktu ini, anak kapal yang mati dikebumikan di tanah perkuburan Montevideo. Di upacara pengkebumian, kapten Hans Langsdorff menggunakan tabik tentera laut, manakala disekelilingnya orang lain menggunakan tabik hormat Nazi. Satu muslihat oleh pihak Inggeris membuat kapten berfikir bahawa beliau adalah kalah dari segi bilangan, dengan satu angkatan kapal induk dan kapal tempurdalam perjalanan (sebenarnya, tidak satupun kapal tambahan mampu tiba pada masa yang terhad), dan jalan untuk meloloskan dirinya telah disekat.

Pada 17 Disember 1939, dengan penjajap British Ajax, Achilles, dan Cumberland menunggu di perairan antarabangsa di luar muara Río de la Plata, Admiral Graf Spee belayar keluar jauh sedikit dari pelabuhan dan ditenggelamkan oleh anak kapalnya sendiri bagi mengelakkan risiko kematian pada anak kapal dalam apa yang dianggapnya pertempuran yang sia-sia. Kapten Langsdorff membunuh diri tiga hari kemudian dengan menembak dirinya sendiri.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Grafspee.com
  • History learning site articles with much detail on The Battle of the River Plate and Admiral Graf Spee in Montevideo
  • Templat:Cite online journal
  • Official HMSO report
  • (Sepanyol) "The crew of the Graf Spee" — Largely anecdotal information on activities of the interned crew after the battle.
  • (Sepanyol) Laurence, Ricardo E. (2000). Tripulantes del Graf Spee en tres atrapantes historias. Rosario. ISBN 987-43-1754-X.
  • 13th Hague Convention (Convention Concerning the Rights and Duties of Neutral Powers in Naval War) Diarkibkan 2006-12-10 di Wayback Machine