Perungkaian

kegiatan menyalin maklumat dari suatu bahantara ke dalam pemacu keras komputer

Dalam bidang teknologi maklumat, perungkaian (Jawi: ڤروڠکاين) merupakan suatu tindakan penyarian maklumat atau data digital daripada suatu bekas. Istilah ini kebiasaannya diguna pakai bagi merujuk kepada perbuatan menyalin kandungan bunyi dalam cakera padat (CD) dengan format WAV atau MP3 namun boleh juga digunakan secara umum bagi penyarian kandungan daripada mana-mana bahantara lain seperti DVD dan cakera Blu-Ray (BD).

Perungkaian bahantara digital tidak merosakkan bahantara itu sendiri. Kegiatan ini kebiasaannya dilakukan bagi menukar format, menyunting, menyediakan pendua atau sandaran kandungan bahantara tersebut.

Kesahan sunting

Asia sunting

Malaysia sunting

Mana-mana pihak yang merungkai atau menyalin kandungan sebuah bahantara bagi kegunaan peribadi untuk tujuan sandaran apabila salinan asal musnah atau hilang adalah dibenarkan menurut seksyen 40(1) Akta Hak Cipta 1987.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmad Shamsul Abd Aziz (2006-09-28). "Cetak Rompak Produk Optik di Malaysia: Antara Tuntutan Sivil dan Sabitan Jenayah". International Journal of Management Studies. UUM Press. 13: 189–202. ISSN 2180-2467.CS1 maint: date and year (link)