Pili
Pili (nama saintifik: Canarium ovatum) ialah suatu spesies tumbuhan dari genus Canarium yang bertaburan asal di daerah Bicol merangkumi sebahagian semenanjung Bicol tenggara Luzon dalam kepulauan Filipina;[2][3] ia turut tersebar ke rantau Visayas dan Mindanao.[4]
Pili | |
---|---|
Buah pili baru dipetik | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | ovatum
|
Nama binomial | |
C. ovatum |
Pokok-pokok dari spesies ini ditanam secara komersil untuk mendapatkan biji yang boleh dimakan ("kacang pili").[3] Rupa biji ini yang agak sama dengan yang ada pada spesies-spesies Canarium lain menjadikan ia kadangkala dinamakan sebagai "kacang kenari" (terutamanya di Indonesia) walaupun berbeza spesies.
Botani
suntingPokok pili jenis malar hijau menumbuh setinggi 20 meter. Kayunya keras berdamar mampu menahan tiupan angin kencang.[5]
Bunga yang dihasilkan jenis dwijantina muncul pada ketiak daun; pokok pili sering berbunga disenyawakan serangga sebelum berbuah setelah tempoh tertentu.[5] Buah dihasilkan jenis drupa dengan panjang 4-7 sm dengan berat antara 15.7 hingga 45.7 gram; buah pili berkulit licin dengan warna hijau apabila muda masak menjadi hitam keunguan setelah matang. Isi buahnya sangat berserabut hijau kekuningan.
Kegunaan
suntingBuah muda boleh dimakan secara dijeruk.[3] Isi buah selepas diambil bijinya boleh diperah mendapatkan suatu minyak yang diterapkan baik untuk tujuan makanan mahupun dalam kosmetik sebagai bahan pelembap kulit.[3][6]
Bijinya merupakan bahan utama dalam membuat kuih bubengka yang didapati dalam masakan orang-orang Minahasa dan Maluku.
Rujukan
sunting- ^ Energy Development Corporation (2020). "Canarium ovatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.)
- ^ "Canarium ovatum Engl". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Kew Science. Dicapai pada 26 April 2021.
- ^ a b c d Pham LJ, Dumandan NG (2015). "Philippine Pili: Composition of the lipid molecular species". Journal of Ethnic Foods. 2 (4): 147–153. doi:10.1016/j.jef.2015.11.001.
- ^ Zawiah Ngah; Othaman Hasin (2012). 99 spesies buah di FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 74. ISBN 9789675221859.
- ^ a b Chandler, W. H. 1958. Evergreen orchards. Lea & Febiger, Philadelphia.[halaman diperlukan]
- ^ Salonga, Bianca (26 November 2017). "Pili Oil Is The New Superfood For Skin That Deeply Nourishes and Protects". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2021.
Pautan luar
sunting- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora & Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura