Pilihan raya negeri Malaysia 2021

Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2021 diadakan di Melaka dan Sarawak. Negeri-negeri di Malaysia boleh membubarkan DUN mereka secara asing daripara peringkat persekutuan. Di Melaka, dewan undangan negeri dibubar pada 5 Oktober 2021 apabila empat ADUN menarik sokongan kerajan negeri semasa pada ketika itu. [1]

Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2021

← 2016 20 November 2021 (Melaka)
18 Disember 2021 (Sarawak)
2022 →

2 daripada 13 Dewan Undangan Negeri

Keputusan:
     Barisan Nasional peroleh
     Gabungan Parti Sarawak kekal
     Tiada pilihan raya

Dalam pada itu, di Sarawak, dewan undangan negeri mereka telah dibubarkan secara automatik pada 7 Jun 2021 kerana sudah habis penggal. Walau bagaimanapun, pembubaran mereka digantung apabila satu perintah darurat diisytiharkan.[2] Pada 3 November 2021. dewan itu telah terbubar apabila Agong telah mengangkat perintah darurat ersebut.[3] Pada 24 November 2021, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pilihan raya negeri Sarawak akan berlaku pada 18 Disember 2021. [4]

Melaka sunting

Pilhan raya diadakan pada 20 November 2021 dengan keputusannya, Barisan Nasional menang besar di negeri itu.[5]

Sarawak sunting

Pilihan raya diadakan pada 18 Disember 2021.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Sharinni, Adila. "DUN Melaka bubar". Sinarharian.com.my. Dicapai pada 2021-11-24.
  2. ^ Azura, Nor (2021-11-04). "DUN Sarawak terbubar automatik kerana cukup tempoh". Sinarharian.com.my. Dicapai pada 2021-11-24.
  3. ^ Yatim, Norhaspida (2021-11-05). "DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November: Abang Johari". Sinarharian.com.my. Dicapai pada 2021-11-24.
  4. ^ a b https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/24/prn-sarawak-18-disember/
  5. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/11/20/prn-melaka-bn-menang-21-kerusi-pas-silap-langkah/