Place du Palais-Bourbon
Place du Palais-Bourbon ialah sebuah dataran bersejarah di luar Palais Bourbon di arrondissement ke-7 Paris, Perancis. Tanah itu diperoleh oleh Louis Joseph, Putera Condé pada tahun 1769.[1] Prince de Condé mengupah arkitek Jean-François Leroy untuk mereka bentuk dataran.[1] Pembinaannya bermula pada tahun 1788, dan ia siap pada tahun 1804.[1] Sementara itu, Putera Condé telah melarikan diri kerana Revolusi Perancis.[1] Pada tahun 1855, sebuah patung bernama La Loi yang direka oleh Jean-Jacques Feuchère telah dipasang di tengah-tengah dataran.[1]
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Place du Palais-Bourbon |