Politeknik Banting

Sejarah sunting

Politeknik Banting Selangor (PBS) merupakan politeknik yang ke 24 daripada 32 buah politeknik Malaysia. PBS telah mula beroperasi di kampus sementara pada tahun 2007 dengan pengambilan kohort pertama pada Sesi Januari 2008. Pengoperasian politeknik ini telah bermula sepenuhnya pada 6 September 2012 di kampus tetap dengan menawarkan 2 program iaitu Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengambilan pelajar yang pertama di kampus tetap ini adalah pada Sesi Disember 2012 dengan bilangan pelajar seramai 165 orang.

PBS sentiasa memberi keutamaan kepada perkongsian pengetahuan serta hubungan industri di mana tenaga pengajar digalakkan supaya turut serta dalam projek industri, penyelidikan dan pembangunan. Usaha ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan kepakaran dengan institusi dan industri bagi melahirkan graduat berkemahiran, kompeten, sedia ke alam kerjaya dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Justeru, PBS berhasrat untuk memperkembangkan lagi jaringan dan hubungan kolaborasi dengan pihak industri secara berterusan. Dengan itu, pelajar akan dapat melengkapkan diri untuk lebih celik industri, berdaya tahan dengan set minda yang tepat ke arah pencapaian tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Inisiatif ini akan terus menjadi keutamaan bagi mengukuhkan lagi ketahanan dan daya saing pelajar.

Dalam merealisasikan misi ini, PBS telah melantik 10 orang Ahli Lembaga Penasihat yang berkaliber untuk bersama-sama dalam mencapai hala tuju organisasi serta memberi nasihat dalam bidang pengurusan dan meningkatkan kualiti graduan PBS. Pihak PBS berasa bangga dan bertuah serta merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Ahli Lembaga Penasihat dalam memantap dan menambahbaik program yang ditawarkan di politeknik ini selaras dengan kepesatan teknologi semasa.

Visi sunting

Sebuah institusi bereputasi dalam mempersiapkan pelajar untuk sedia bekerja dan memiliki tahap kebolehpasaran yang tinggi.

Misi sunting

Melahirkan pelajar yang celik industri melalui pembelajaran eksperiential dan mengupayakan pelajar dengan kemahiran sosial, keusahawanan dan kesedaran global untuk menjadi graduat berpasaran tinggi.

Budaya Kerja sunting

Mengamalkan budaya Organisasi Pembelajaran yang digabungjalinkan dengan nilai-nilai integriti dan etika.