Politeknik Merlimau

Politeknik Merlimau, Melaka terletak dalam daerah Jasin dalam kawasan Merlimau. Politeknik ini telah beroperasi sejak tahun 2002. Kini, tempat pengajian ini dianggarkan mempunyai hampir 5000 orang pelajar serta melebihi 400 orang staf akademik dan sokongan.https://www.utusanborneo.com.my/2020/07/08/pensyarah-politeknik-didakwa-perdaya-majikan-lebih-rm175000

Politeknik Merlimau
Ditubuhkan pada2002
Pengarah terkiniEncik Mohd Hatta bin Zainal
Timbalan Pengarah (Akademik)Sr. Mohamad Kelana bin Juwit
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Encik Mohd Hoirie bin Abdul Manah
LokasiMerlimau, Melaka
Laman webhttp://www.pmm.edu.my

Sejarah sunting

Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari Pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. Politeknik mempunyai kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar. Kini PMM telah beroperasi sepenuhnya, dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

Visi sunting

Menjadi Institusi TVET Yang UNGGUL

To Be the Leading-Edge TVET Institution

Misi sunting

1.Membangunkan graduan TVET yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang melalui pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi industri terkini.

To develop holistic, entrepreneurial and balanced TVET graduates through dynamic education in-line with the current Industrial Revolution.


2.Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

To capitalise on smart partnership with stakeholders.

 

3.Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan dan inovasi.

To empower communities through life-long learning, research and innovation.

Dasar Kualiti sunting

“Dasar kualiti Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah membangunkan potensi pelajar  ke arah kecemerlangan di dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Pelancongan & Hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PMM komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan”.

Semua Perkhidmatan Ini Akan Sentiasa Ditambah Baik Secara Berterusan Berasaskan Standard Sistem Pengurusan Kualiti

MS ISO 9001:2015 & ISO 21001:2018.

“ The Politeknik Merlimau Melaka (PMM) quality policy strives to develop the potential of its students towards par excellence in the field of Engineering, Commerce and Tourism & Hospitality through continuous overall improvement. PMM is committed to ensure its customer’s needs are met through the achievement of its quality objectives that are periodically reviewed in order to realise the overall functioning of the system. This policy is fully disseminated in order for it to be comprehended by all layers of its staffs.”

All The Services Rendered Would Be Continuously Improved According To The Quality Management System Standard MS ISO 9001:2015 & ISO 21001:2018.

Pautan luar sunting