Pop punk (atau punk pop) ialah jenis muzik rock alternatif yang menggabungkan tekstur dan tempo punk rock dengan struktur muzik yang ada dalam pop kuasa.

Kugiran pop punk Green Day di Anugerah Muzik Video MTV 2009

Pop punk menggabungkan punk rock dan unsur muzik pop iaitu dengan menggabungkan irama rancak dan korus yang mudah diingati yang berasal dari muzik pop bersama dengan tempo rancak, vokal bermelodi dan kord kuasa yang sering ada dalam punk rock.[1] Kugiran protopunk dan pop kuasa pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an menjadi asas gaya bunyi pop punk yang muncul selepas kemunculan punk rock pada kira-kira tahun 1974 dengan kugiran Ramones. Antara genre yang tergolong dan genre gabungan dalam pop punk ialah neon pop, emo pop dan easycore. Pop punk, terutamanya pop punk dalam carta muzik, dikritik secara meluas oleh peminat punk rock dengan banyak peminat punk rock enggan menerima jenis muzik ini sebagai genre sebenar dalam genre punk disebabkan oleh pengaruh muzik jenis pop dan kesohorannya dan carta muzik. Antara kumpulan muzik pop punk yang terkenal ialah Green Day, Blink-182, Sum 41, Avril Lavigne, Fall Out Boy dan A Day to Remember.

Rujukan sunting

  1. ^ "Punk-Pop Music Genre Overview". AllMusic.