Portal:Biologi/Pengenalan

frames
frames

Biologi, satu perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Greek, bios (hayat) dan akhiran -ology (kajian), ialah satu cabang sains yang berkenaan dengan ciri-ciri dan tingkah laku organisma. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.

Warna biru telah dipergunakan sebagai warna portal ini untuk menegaskan bahawa kehidupan di Bumi bergantung kepada kimia air yang unik.