Pratt & Whitney PW4000
Pratt & Whitney PW4000 adalah famili enjin pirau tinggi berkipas turbin. Ia menjana tujahan antara 230 - 441 kN (52,000 hingga 99,040 lbf). Ia dibina untuk menggantikan enjin JT9D. Terdapat 3 siri utama famili ini iaitu:
PW4000 94
suntingEnjin pertama dalam famili ini. Ia diguna untuk menjana A310-300, A300-600, 747-400, 767-200/300 dan MD-11. Ia juga mendapat kelulusan 180 minit ETOPS
Ciri-ciri Enjin
sunting- Diameter (antara hujung kipas): 2.4 m (94 in)
- Panjang, dari bebibir ke bebibir: 3.4 m (132.7 in)
- Tujahan terbang naik: 230 - 275 kN (52,000 - 62,000 lbf)
- Nisbah pirau: 4.8 - 5.1
- Nisbah tekanan purata: 27.5 - 32.3
- Nisbah tekanan kipas: 1.65 - 1.80
PW4000 100
suntingMerupakan enjin kedua dalam famili ini. Ia dibangunkan khusus untuk A300. Ia turut mendapat kelulusan 180 minit ETOPS
Ciri-ciri Enjin
sunting- Diameter (antara hujung kipas): 2.5 m (100 in)
- Panjang, dari bebibir ke bebibir: 4.1 m (163.1 in)
- Tujahan terbang naik: 287 - 305 kN (64,500 - 68,600 lbf)
- Nisbah pirau: 5.1
- Nisbah tekanan purata: 32.0
- Nisbah tekanan kipas: 1.75
PW4000 112
suntingAhli ketiga dalam famili ini dan dipasang pada 777. Ia memasuki perkhidmatan pada Jun 1995 dengan United Airlines. Ia menjana semua siri 777 kecuali 300ER dan 200LR.
Ciri-ciri Enjin
sunting- Diameter (antara hujung kipas): 2.8 m (112 in)
- Panjang, dari bebibir ke bebibir: 4.9 m (191.7 in)
- Tujahan terbang naik: 386 - 441 kN (74,000 - 98,000 lbf)
- Nisbah pirau: 5.8 to 6.4
- Nisbah tekanan purata: 34.2 - 42.8
- Nisbah tekanan kipas: 1.70 - 1.80