Presiden Colombia
Presiden Colombia merupakan ketua negara dan ketua eksekutif kerajaan di Colombia. Jawatan presiden diwujudkan pada Disember 1819 melalui Kongres Angostura. Presiden Colombia yang pertama ialah Jeneral Simón Bolívar,[1] menjawat jawatan pada tahun 1819. Pada asalnya, beliau mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai presiden dan kemudiannya diakui oleh kongres. Presiden terkini ialah Iván Duque Márquez, menjawat sejak 7 Ogos 2018.
Presiden Colombia | |
---|---|
Presidente de Colombia | |
Anggota bagi | Executive Branch of Colombia (en) dan Council of Ministers of Colombia (en) |
Bidang kuasa | Colombia |
Institusi | Government of Colombia (en) |
Kediaman | Casa de Nariño |
Tempoh jawatan | 1 penggal (4 tahun) |
Penjawat sulung | Simón Bolívar |
Dibentuk | 17 Disember 1819 |
Timbalan/naib | Timbalan Presiden Colombia |
Gaji | $USD250,000.00 |
Senarai | List of presidents of Colombia (en) |
Tapak web | The Presidency |
sunting · sunting di Wikidata |
Fungsi
suntingMengikut Artikel 188 Perlembagaan Colombia tahun 1991, Presiden Colombia merupakan ketua negara, ketua eksekutif kerajaan dan ketua pihak berkuasa tertinggi. Presiden Colombia juga merupakan simbol pepaduan nasional selepas mengangkat sumpah mengikut Perlembagaan Colombia untuk mempertahan dan melindungi undang-undang negara dan beliau akan menjamin hak kebebasan untuk semua warganegara Colombia.[2]
Jabatan pentadbiran Presiden Colombia merupakan sebuah Suruhanjaya yang membantu atau menyokong Presiden Colombia mengikut mandat yang disahkan oleh Perlembagaan Colombia.[3]
Artikel 115 menyatakan Kerajaan Colombia diketuai oleh Presiden, Naib Presiden, Majlis Menteri Republic Colombia dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Colombia.
Lain-lain akta bagi Presiden Colombia hendaklah dipersetujui oleh para menteri atau ketua pengarah jabatan-jabatan kerajaan. Selain itu, Presiden juga berhak untuk memecat para menteri, pihak berkuasa tempatan termasuk Gabenor Colombia, Datuk Bandar Colombia, Penguatkuasa Wilayah Colombia, pertubuhan awam (NGO) dan perusahaan milik negara (GLC) dan perindustrian (GLiC) semuanya adalah sebahagian dari cabang eksekutif Colombia
Penggal pentadbiran dan pilihan raya
suntingPresiden dan Naib Presiden akan dipilih untuk tempoh satu penggal setiap 4 tahun melalui pilihan raya Presiden Colombia. Pilihan raya semula tidak diadakan sehingga 24 November 2005 apabila ahli Kongres meluluskan Undang-undang Jaminan Pilihan raya yang meminda Artikel 152 Akta Perlembagaan tahun 1991. Pilihan raya kali ini lebih diadili dengan lebih telus, terbuka, bersih dan adil. Kesemua calon yang bertanding akan dinilai dengan menyertai dari parti politik yang sah di Colombia[4]
Pada tahun 2010, Perlembagaan Colombia menolak permohonan referendum untuk membenarkan sesorang presiden boleh memegang jawatan tersebut bagi tiga penggal. Sebelum ini, seseorang presiden hanya dibenarkan menjabat jawatan tersebut selama dua penggal sahaja sekalipun mereka yang dipilih itu dari kalangan pentadbir bukan eksekutif di Colombia.
Kelayakan menjadi Presiden
suntingNaib Presiden
suntingNaib Presiden Colombia merupakan jawatan paling utama untuk seseorang dilantik menjadi presiden yang baharu apabila presiden sedia ada disahkan meninggal dunia, meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebagai presiden mengikut Artikel 202 Akta Perlembagaan tahun 1991.
Perlantikkan tambahan sebagai presiden
suntingJika kedua-dua orang Presiden dan Naib Presiden tiada, mengikut Artikel 203 Akta Perlembagaan tahun 1991 menyatakan jawatan presiden akan memilih dari kalangan para menteri yang diluluskan oleh undang-undang negara. Syarat utamanya ialah para menteri tersebut hendaklah sama kumpulan parti dengan presiden sedia ada sebelum Kongres meluluskan perlantikkan tersebut dalam masa 30 hari pengosongan kerusi ketua negara tersebut. Selepas perlantikkan tersebut, pemilihan Naib Presiden akan dilaksanakan dengan kadar segera bagi memenuhi kerusi pentadbiran di Colombia.
Barisan kepimpinan
suntingNo. | Pejabat | Nama |
---|---|---|
1 | Naib Presiden Colombia | Oscar Naranjo |
— | Menteri Dalaman Colombia | Guillermo Rivera Flórez |
— | Menteri Luar Colombia | María Ángela Holguín |
— | Menteri Kewangan Colombia | Mauricio Cárdenas Santamaría |
— | Menteri Perundangan Colombia | Enrique Gil Botero |
— | Menteri Pertahanan Colombia | Luis Carlos Villegas |
2 | Menteri Pertanian dan Pembangunan Colombia | Aurelio Iragorri Valencia |
— | Menteri Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia | Alejandro Gaviria Uribe |
— | Menteri Buruh Colombia | Griselda Restrepo |
— | Menteri Sumber asli dan Tenaga Colombia | Germán Arce Zapata |
3 | Menteri Pelancongan, Industri dan Komoditi Colombia | Maria Claudia Lacouture |
4 | Menteri Pendidikan Colombia | Yaneth Giha Tovar |
— | Menteri Persekitaran dan Pembangunan Wilayah Colombia | Luis Gilberto Murillo |
— | Menteri Perumahan, Bandar dan Wilayah Colombia | Elsa Noguera |
— | Menteri Teknologi dam Komunikasi Colombia | David Luna Sánchez |
5 | Menteri Pengangkutan Colombia | Jorge Rojas Giraldo |
— | Menteri Kebidayaan Colombia | Mariana Garcés Córdoba |
Senarai Presiden Colombia
suntingRencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Terdapat 5 fasa pentadbiran di Colombia.
Columbia Raya (1819-1831)
suntingRepublik New Granada (1831-1858)
suntingKonfederasi Grenadine (1858-1863)
suntingColombia Syarikat (1883-1868)
suntingRebuplik Colombia (1868-kini)
suntingBekas presiden yang masih hidup
suntingTerdapat 5 orang tokoh yang masih hidup.
Presiden | Tempoh | Tarikh lahir |
---|---|---|
Belisario Betancur Cuartas | 1982–1986 | 4 Februari 1923 |
César Gaviria Trujillo | 1990–1994 | 31 Mac 1947 |
Ernesto Samper Pizano | 1994–1998 | 3 Ogos 1950 |
Andrés Pastrana Arango | 1998–2002 | 17 Ogos 1954 |
Álvaro Uribe Vélez | 2002–2010 | 4 Julai 1952 |
Iván Duque Márquez | 2018–2022 | 1 Ogos 1976 |
Rujukan
sunting- ^ Gobernantes Colombianos, Ignacio Arismendi Posada, Interprint Editors Ltd., Italgraf, Segunda Edición, Page 15, Bogotá, Colombia, 1983
- ^ http://www.presidencia.gov.co/nuestra_enti/
- ^ http://www.presidencia.gov.co/nuestra_enti/
- ^ http://www.presidencia.gov.co/sne/2005/noviembre/25/01252005.htm
Pautan luar
sunting- Presidencia de la Republica de Colombia (Sepanyol)
- Georgetown University - Requisites to be President of Colombia
- Presidencia de Colombia - Ley de Garantias Electorales
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.