Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) merupakan salah satu komponen dalam FELCRA Berhad. Ia telah dipertanggungjawab kepada anak syarikat iaitu FELCRA Training & Consultancy Sdn. Bhd. untuk urustadbir dan pengendaliannya.

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) yang sebelumnya dikenali sebagai Sekolah Latihan FELCRA mula beroperasi pada 02hb Januari 1992 dipremis beralamat Bandar Baru Seberang Perak, Kampong Gajah, berada di daerah Perak Tengah di kawasan seluas 22 ekar. Jarak antara SLF dengan bandaraya Ipoh ialah 80km, Sitiawan - 52km, Teluk Intan - 39km dan Kampong Gajah - 10km.

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) juga berhampiran dengan lokasi-lokasi menarik dan bersejarah. Antaranya ialah Kompleks Bersejarah Pasir Salak di Kampong Gajah, Peranginan Pantai Teluk Batik, menikmati kelazatan makanan laut di Lumut dan berkunjung ke Menara Condong di Teluk Intan. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati bumi hijau pertanian Seberang Perak kerana ia merupakan sebuah Desa Wawasan yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 07hb Julai 1996. Ia juga merupakan estet padi terbesar di Asia Tenggara.

Perkhidmatan sunting

Secara dasarnya, Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) menyediakan perkhidmatan rundingan latihan dan kemudahan sewaan latihan yang terbuka kepada umum dan tidak terbatas kepada staf-staf Felcra Berhad semata-mata. Penyediaan tempat penginapan juga sangat kondusif dan kompetitif serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan layanan yang sentiasa mesra pelanggan. Selain itu, pihak Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) juga merupakan pusat pengembangan ICT dengan menawarkan kemahiran ICT kepada semua lapisan masyarakat.

Pautan luar sunting