'Qumran' (Ibrani: חירבת קומראן) adalah nama moden bagi tanah dari suatu biara di Laut Mati. [1] Letaknya adalah 14.4 km sebelah selatan kota Yerikho. [1] Para ahli beranggapan bahawa Qumran adalah tempat tinggal kaum Eseni dan sekaligus juga menjadi pusat aktiviti para kaum Eseni di pesisir Laut Mati. [2] Para ahli-ahli purbakala pun menggali kawasan itu. [1] Para penggali itu mendapati meja-meja kapur di Qumran, yang diyakini bahawa di atas meja-meja inilah Gulungan Laut Mati ditulis, disalin dari generasi ke generasi oleh para juru tulis biara. [2] gulungan-gulungan tersebut pertama kalinya ditemui pada tahun 1947 dan gulungan-gulungan lain ditemui selepas itu. [1] meja-meja tersebut ditemui di atas tanah di antara runtuhan yang menggunung bersama robohnya bangunan berlantai dua. [2] Para ahli arkeologi berpendapat bahawa keadaan meja-meja itu sekarang diakibatkan kerana meja-meja itu jatuh dari bilik yang runtuh. [2] bilik itu mereka namakan " Scriptorium" yang artinya "bilik untuk menulis". [2] Penduduk yang tinggal di sana ternyata merupakan suatu persekutuan dari pertengahan abad kedua sebelum Masehi. [1] Mereka tinggal di kawasan tersebut sehingga kawasan itu direbut oleh pasukan Rom dalam perang Yahudi-Rom Pertama pada tahun 66-70 Masehi. [1]

Fail:Dead Sea Scrolls map.jpg
Lokasi Qumran
Gua di Qumran

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f sabda.org / dictionary.php? word = Qumran Qumran, WRF Browning. 2009, Kamus Alkitab. Jakarta: BPK Gunung Mulia. hlm. 374.
  2. ^ a b c d e (Indonesia) Michael O Wise. 2008, Naskah Laut Mati. Jakarta: Serambi. hlm. 41.