Buka menu utama
Pengimejan lutut melalui kaedah MRI.

Radiologi merupakan sebuah kepakaran perubatan yang berkaitan dengan penggunaan pengimejan terhadap badan manusia untuk melakukan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit-penyakit. Kaedah-kaedah pengimejan dilakukan dengan sinaran atau radiasi gelombang, sama ada daripada sumber elektromagnet mahupun mekanikal.

Kaedah-kaedah pengimejan utama yang digunakan termasuklah radiografi sinar-X, ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnet (MRI) dan pengimejan PET. Kerja-kerja dalam bidang radiologi biasanya dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada pakar radiologi, pakar radiografi dan jururawat.

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Radiologi di Wikimedia Commons