Rahib (pinjaman Bahasa Arab: راهِب, translit. rāhib terbitan kata kerja رَهِبَ rahiba "takut [kepada Tuhan]"[1]) atau sami ialah seorang yang bersifat zahid dari segi keagamaan, seseorang yang menjaga minda dan badannya demi memenuhi keperluan rohaninya, dan sering bertapa sama ada sendirian atau dengan rahib-rahib lain di biara, terasing dari orang lain. Konsep ini berasal di zaman purba dan boleh dilihat dalam banyak agama dan falsafah. Istilah biarawan khusus untuk rahib lelaki, manakala rahib wanita digelar biarawati.

St. Anthony Agung, dianggap Bapa Kebiaraan Kristian

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 168. ISBN 967-65-7321-3.