Rahima Orchient Yayah

Rahima Binti Yayah (lahir 1974 di Tawau, Sabah) juga dikenali sebagai Rahima Orchient Yayah merupakan seorang ahli perniagaan dan peragawati Malaysia dan Miss Malaysia/World 1994. Beliau merupakan wanita beragama Islam terakhir yang menjuarai pertandingan itu, sebelum fatwa mengenai wanita Islam dilarang menyertai pertandingan ratu cantik susulan daripada kes Lina Joy yang dikeluarkan pada 1997. Pertandingan Miss World 1994 ini telah diadakan di Sun City, Afrika. Seramai 87 orang jelitawan dari seluruh dunia telah bertanding bagi merebut gelaran wanita tercantik itu.[1]

Rahima Orchient Yayah
Rahima Orchient Yayah.jpg
Kelahiran
Rahima binti Yayah

1974 (umur 48–49)
PekerjaanModel, ahli perniagaan
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataHitam
Pertandingan
utama
Miss World Malaysia 1994
(Pemenang)
Miss World 1994
(10 Teratas)

Berkhawin dengan ahli perniagaan berbangsa (Cina) dan hasil perkhawinan dikurniakan 2 org anak lelaki.

KerjayaSunting

Semasa mewakili Malaysia ke Miss World 1994, Rahima berjaya mencecah peringkat separuh akhir (10 peserta terakhir). Rahima merupakan wakil Malaysia ketiga yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss World pada tahun 1963. Kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah pada tahun 1979 melalui Shirley Chew.

Rahima juga merupakan wanita melayu dari Malaysia yang pertama dan terakhir melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam sejarah pertandingan Miss World. Dalam pertandingan Miss World 1994 itu, Rahima telah dikalahkan oleh aktres jelita dari India iaitu Aishwarya Rai yang berjaya merangkul takhta Miss World 1994.

Rahima kini aktif dalam perniagaan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Orchient Sdn. Bhd.[2][3]

RujukanSunting

  1. ^ Ingat lagi pada Rahima Orchient Yayah, namanya pernah gah di era 90an Rojak Daily. Dicapai pada 27 April 2018.
  2. ^ Former beauty queen now businesswoman The Borneo Post (28 Jun 2016). Dicapai pada 28 April 2018.
  3. ^ Mohd Nazliie Zainul (19 April 2017). Bekas ratu cantik jadi tauke busana Muslimah Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2018.

Pautan luarSunting