Buka menu utama

Raja Abdullah bin Raja Bahar

(Dilencongkan dari Raja Abdullah)

Raja Abdullah bin Raja Bahar merupakan putera kepada Raja Bahar pemerintah Jembal. Baginda berkahwin dengan Puteri Saadong, iaitu puteri Raja Loyor yang dipelihara oleh Cik Siti Wan Kembang.

Selepas berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda dilantik sebagai raja Kota Mahligai dengan gelaran Sultan Abdullah.

Baginda mati ditikam oleh isterinya Puteri Saadong dengan cucuk sanggul kerana marahkan Sultan Abdullah yang berkahwin lain sepeninggalan Puteri Saadong ke negeri Siam. Baginda dipercayai mangkat pada 1671 dan dimakamkan di kampung Padang Halban[1]., Melor, kira-kira 13 batu ke selatan Kota Bharu.

Nota kakiSunting

  1. ^ "Revisiting the Tomb of Kelntan's Raja Abdullah". Berpetualang ke Aceh. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai 3 Jun 2011.