Datuk Ramli bin Ibrahim (lahir 20 Mei 1953) ialah seorang koreografer Malaysia dan penari balet klasik. Pada tahun 2018, Kerajaan India telah menganugerahkan pada beliau iaitu Padma Shri untuk sumbangan dari beliau kepada Odissi. Beliau mengasaskan Teater Tari Sutra serta Yayasan Sutra bagi menggalakkan orang ramai mempelajari pelbagai tarian tradisional.

Kehidupan awal sunting

Ramli Ibrahim dilahirkan di Kajang, Selangor pada 20 Mei 1953. Ibu dan bapa Ramli Ibrahim ialah Ibrahim Bin Haji Mohmmad Amin, seorang guru sekolah, dan juga Kamariah, seorang setiausaha Pergerakan Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Beliau telah dibesarkan dalam keluarga Islam liberal. Dalam temu bual bersama 'The Hindu' pada 2016 yang beliau juga mendakwa sebagai penyanyi. [1]

Beliau mempelajari bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Australia Barat. Sewaktu beliau berada di sana, beliau telah menyertai dan mempelajari juga di Sekolah Balet Australia di Melbourne. Pada masa yang sama, beliau telah bertemu dengan Chandrabhanu (Zamin Haroon), seorang lagi penari klasik Islam Malaysia dengan menggunakan nama Hindu iaitu Chandrabhanu. Beliau yang belajar Bharadhanatyam di bawah Adyar Lakshman, seorang lagi artis terkenal, yang mengajar beliau dalam bentuk seni. Kemudian, beliau berpindah ke Chennai untuk belajar di bawah Lakshman. Beliau diajari bersama penari terkenal lain seperti Radha Anjali dan Swapnasundari. [1]

Ia di bawah guru Odissi yang terkenal, Deba Prasad Das, yang menetap di New Delhi dan Ramli Ibrahim mula mempelajari Odissi. [2]

Kerjaya sunting

Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau telah menubuhkan Teater Tari Sutra di Kuala Lumpur. Teater ini memberi tumpuan kepada persada seni Malaysia dan mengusahakan mempromosikan kesenian Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. [1] Ia pada terutamanya dengan mengaitkan dirinya sendiri bersama tarian Odissi yang asalnya dari negeri Odisha di India. Pada tahun 2007, beliau menubuhkan Yayasan Sutra di Malaysia.

Anugerah Padma Shri sunting

Beliau telah dianugerahkan dengan Padma Shri, salah satu anugerah penghargaan awam tertinggi untuk artis dan lain-lain oleh Kerajaan India pada tahun 2018 atas sumbangannya pada Odissi serta Bharadhanatyam selama lebih 40 tahun penglibatannya.

Anugerah lain sunting

Anugerah Artis Cemerlang Fulbright (1999)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Angarag (2006)

Anugerah Purush (2009)

Anugerah Penari Lelaki Terbaik Ram Gopal (2011)

Anugerah Akademi Snageet Natak

Anugerah Artis Antarabangsa Terbilang (2011) [3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kothari, Sunil (2016-04-22). "The sutra of harmony". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0971-751X. Dicapai pada 2020-03-02.
  2. ^ Mallya, Vinutha MallyaVinutha; Feb 10, Pune Mirror | Updated; 2019; Ist, 06:15. "'One has to know the rules before breaking them'". Pune Mirror (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-02. Dicapai pada 2020-03-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  3. ^ "CUR_TITLE". sangeetnatak.gov.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-09. Dicapai pada 2020-03-02.