Rampasan kuasa Guinea 2021

Pada 5 September 2021, Presiden Guinea Alpha Condé ditangkap oleh angkatan tentera negaranya dalam sebuah rampasan kuasa selepas pertempuran di ibu kota Conakry. Komandan angkatan khas Mamady Doumbouya menyiarkan dirinya dalam televisyen negara lalu mengumumkan pembubaran pemerintahan Presiden serta perlembagaan negara.[1]

Rampasan kuasa Guinea 2021

Perarakan tentera di Kaloum, sehari selepas rampasan
Tarikh5 September 2021
Lokasi9°31′N 13°42′W / 9.517°N 13.700°W / 9.517; -13.700
Status Rampasan berjaya
Pemerintahan digantikan dengan junta tentera
Perlembagaan Guinea dibubarkan
Pihak yang terlibat
Guinea Pemerintah Guinea

Guinea Jawatankuasa Perdamaian dan Pembangunan Kebangsaan

Komandan dan pemimpin
Alpha Condé Mamady Doumbouya

Selepas berdeka pemerintahan autoritarian di negara itu, Condé ialah ketua pertama yang dilantik secara demokratik. Dalam jawatannya, sumber-sumber semula jadi negara digunakan untuk memulihkan ekonomi, tetapi tanpa kesan ketara terhadap warga penduduk negara. Pada 2020, Condé mengubah perlembagaan negara melalui referendum untuk melanjutkan kuasanya ke penggal ketiga lalu mencetuskan protes Guinea 2019–2020. Ketika itu Condé mengekang para pemprotes serta ahli-ahli pembangkang dengan beberapa orang ditahan maut dalam penjara sementara pemerintahannya bergelut dalam menguruskan peningkatan harga komoditi am.[2] Pada Ogos 2021, dalam suatu usaha untuk menyeimbangkan belanjawan negara, Guinea mengumumkan peningkatan cukai, memotong perbelanjaan terhadap pihak tentera dan polis, dan meningkatkan dana kepada pihak pejabat Presiden serta Perhimpunan Kebangsaan.

Kudeta ini bermula pada pagi 5 September ketika pihak tentera mengepung Istana Presiden Sekhoutoureah dan menutup kawasan daerah pemerintahan. Selepas bertempur dengan kuasa prokerajaan, para pemberontak yang disyaki diketuai Doumbouya menjadikan Condé sebagai tawanan, mengumumkan penamatan pemerintahan Condé, membubarkan perlembagaan dan menutup pintu sempadan.[3] Para ahli politik tempatan masih tidak menyatakan apa-apa sokongan secara ketara, tetapi ditentang secara hampir mutlak oleh negara-negara luar, dengan seruan-seruan agar rampasan dihentikan, mereka yang ditangkap dibebaskan serta mengembalikan keluruhan perlembagaan Guinea.

Pada 1 Oktober 2021, Mamady Doumbouya dilantik sebagai presiden sementara.

Rujukan sunting

  1. ^ "Elite Guinea army unit says it has toppled president". Reuters. 5 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2021. Dicapai pada 5 September 2021.
  2. ^ "Guinée : quatre choses à savoir sur le référendum constitutionnel reporté qui a plongé le pays dans une nouvelle impasse politique". Franceinfo. 1 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2020. Dicapai pada 6 September 2021.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ "Elite Guinea army unit say they dissolved the government and the constitution of the West African country". CNBC (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-05. Dicapai pada 2021-09-07.