Rangka merupakan sistem sokongan kepada organisma. Sistem sokongan ini bertindak sebagai bingkai tubuh yang tegar. Biasanya rangka ini dibina daripada kalsium.

Pergerakan ialah kebolehan untuk bergerak daripada suatu tempat ke tempat lain. Sokongan memainkan peranan utama dalam pergerakan yang sempurna. Sokongan yang baik membenarkan organisma bergerak dengan lebih cekap.

Peranan rangka sunting

Antara peranan-peranan rangka ialah:

  1. Memberi sokongan kepada organisma.
  2. Membolehkan organisma bergerak.
  3. Memberi bentuk kepada organisma.
  4. Membolehkan organisma bergerak bebas untuk kemandiriannya.

Kemandirian organisma ialah: Mencari makanan. Mencari pasangan. Mencari tempat perlindungan. Melarikan diri daripada musuh. Melindungi diri daripada pemangsa.

Jenis-jenis rangka sunting

3 jenis rangka utama iaitu:

  • Rangka dalam
  • Rangka luar
  • Rangka hidrostatik

Rangka dalam sunting

Tulang dan rawan terdapat di dalam badan organisma.

Contoh organisma yang memiliki rangka dalam ialah:

Rangka luar sunting

Rangka ini merupakan rangka yang tegar terdapat di luar badan organisma. Hal ini bermaksud, semua rangka atau bahagian keras yang terdapat di luar badan organisma yang bertujuan untuk menyokong, melindungi atau menjadi tempat lekatan otot haiwan. Bagi organisma invertebrata, selalunya mempunyai rangka luar yang terbina daripada kitin atau kalsium.

Haiwan ini juga mengalami ekdisis iaitu proses salin kulit. Hal ini bertujuan untuk mengatasi sekatan pergerakan dan pertumbuhan yang terhad.

Contoh organisma berangka luar ialah:

  • Udang - Kulit udang terbina daripada kitin
  • Siput - Cangkerang siput terbina daripada kalsium
  • Ketam
  • Serangga

Rangka hidrostatik sunting

Rangka ini merupakan tekanan bendalir yang terdapat dalam suatu ruang yang dibalut oleh rangkaian otot dalam organisma tertentu.

Contoh organisma yang mempunyai rangka hidrostatik ialah:

  • Ubur-ubur
  • Cacing tanah
  • Ulat bulu

Kepentingan sistem rangka kepada organisma sunting

Antara kepentingan sistem rangka ialah:

  • Sokongan
  • Gerakan
  • Bentuk badan
  • Pelekatan otot
  • Perlindungan
  • Respirasi
  • Pembentukan sel-sel darah
  • Penyimpanan nutrien tertentu

Sokongan sunting

Sokongan ini membolehkan haiwan-haiwan ini mengangkat tubuhnya dari tanah dengan bantuan otot. Sistem rangka ini juga membolehkan beban dikurangkan dengan menerima hentakan atau beban apabila melakukan pergerakan.

Gerakan sunting

Tulang yang terdapat di dalam badan organisma iaitu berangka dalam, seperti manusia, mempunyai sendi. Sendi ini berfungsi untuk melekatkan tulang-tulang ini supaya dapat bergerak tanpa terlepas daripada antara tulang-tulang lain.

Manakala, rangka luar, mempunyai rangka luar yang bersendi. Hal ini, membolehkan rangka luar bergerak.

Berbeza dengan organisma berangka hidrostatik, organisma ini bergerak dengan pengawalan tekanan bendalir badannya. Pengawalan ini membolehkan otot-otot dalam badannya bergerak secara antagonis.

Pergerakan antagonis ialah pergerak serentak 2 otot yang menjalan satu fungsi yang sama. Contohnya, otot biseps dan otot triseps bertindak serentak untuk membengkokkan tangan dan meluruskan lengan.

Bentuk badan sunting

Contoh, organisma invertebrat hidrostatik memerlukan rangka hidrostatik untuk memberi bentuk badan dan ketegaran badan. Hal ini tidak terhad kepada organisma invertebrat sahaja. Organisma lain juga memerluka sistem rangka untuk memberi bentuk badan.

Pelekatan otot sunting

Rangka-rangka pada organisma merupakan tempat pelekatan otot-otot organisma. Sistem rangka hidrostatik menyokong organisma dengan memboleh otot-otot dalam keadaan tegap.

Perlindungan sunting

Badan organisma yang lembut dapat dilindungi oleh sistem-sistem rangka. Terdapat juga, organ-organ yang penting dan mudah tercedara dapat dilindungi oleh rangka-rangka tertentu. Contoh organ ini adalah seperti peparu dalam manusia yang dilindungi oleh sangkar rusuk. Rangka luar yang keras seperti cangkerang siput dapat melindungi siput.

Respirasi sunting

Sangkar rusuk merupakan rangka dalam, sangkar rusuk memboleh tekanan udara dalam peparu naik dan turun. Hal ini, membolehkan haiwan bernafas dan memnghembus keluar.

Pembentukan sel-sel darah sunting

Dalam sistem rangka dalam, terdapat sumsum tulang yang merupakan tempat penghasilan eritrosit dan leukosit darah.

Penyimpanan nutrien tertentu sunting

Tulang-tulang rangka dalam dan luar, terbina daripada kalsium dan fosforus. Dalam pada itu, rangka-rangka ini juga menyimpan kalsium dan fosforus.

Lihat juga sunting

Rangka manusia

Rujukan sunting

  • Kursus Sains Fajar Bakti (Penerbit Fajar Bakti) (008974-T) - 1999 - Biologi STPM Jilid 1 oleh Peter Chen terjemahan oleh Liew Shee Leong dan Lim Peng Lai - ISDN 967-65-0658-3
  • SASBADI (139288-X) - 2004 - Master Studi Sasbadi SPM Biologi Tingkatan 4 dan 5 oleh Mah Chee Wai, Dr.Tina Lim Swee Kim, dan Nazar Shaarani - ISDN 983-59-2090-7
  • Dewan Bahasa dan Pustaka - 2003 - Istilah Sains untuk Sekolah-sekolah Malaysia - ISDN 983-62-7656-4