Rebut Tiang

(Dilencongkan dari Rebut tiang)

Rebut Tiang ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Rebut Tiang ialah permainan tradisional yang dimainkan di sebelah utara terutama di Kedah. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berkumpulan seramai lima orang ke atas.

Rebut Tiang
Pemain5 atau lebih
Julat umurtiada had
Masa penyediaan-
Masa permainantiada had
Peluang rawakRendah
Kemahiran yang diperlukanmerancang, perunding, mengumpan

Permainan Rebut Tiang cuma memerlukan rumah yang banyak tiangnya. Permainan ini sering dimainkan semasa permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.

Cara permainanSunting

Para pemain akan mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3, para pemain akan berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan dengan cara berjalan itik. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Pemain yang berumah kemudian akan membuat perundingan secara senyap untuk membuat pertukaran tiang sesama sendiri, sementara pemain yang tidak bertiang itu akan berusaha merebut tiang ketika pertukaran berlangsung.


Pautan luarSunting