Resort Sungai Perak

Resort Sungai Perak (bahasa Inggeris: Perak Riverside Resort) adalah sebuah tempat penginapan berstatus resort yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sebelum ini, nama resort ini adalah Resort Safari Sungai Perak, namun telah bertukar kepada Resort Sungai Perak.

Sejarah

sunting

Resort Sungai Perak berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta. Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.[1]

Pada tahun 2008, Resort Sungai Perak telah diserahkan kepada pengurusan baharu di bawah Awan bayu Sdn. Bhd.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laman Web rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar - Latar Belakang RSP". Dicapai pada 7 Mac 2012.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.