Roald Dahl (/ˈroʊ.əld ˈdɑːl/[1]; 13 September 1916 – 23 November 1990) merupakan seorang penulis, penyajak, penulis layar dan juruterbang pejuang dari Britain.[2] Buku-bukunya laris terjual mencecah sebanyak 250 juta naskhah di seluruh dunia.[3]

Roald Dahl
Dahl in 1954
Dahl in 1954
Lahir(1916-09-13)13 September 1916
Llandaff, Cardiff, Wales, United Kingdom
Died23 November 1990(1990-11-23) (umur 74)
Oxford, England, U.K
PekerjaanPenulis novel dan cerita pendek, penyajak, penulis lakon layar
Tempoh1942–1990
GenreFantasi, Seram
Pasangan
AnakTessa, Ophelia, Lucy Dahl serta dua orang lain
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera Tentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja
Tahun berkhidmat1939–1946
PangkatKetua skuadron
Perang

Awal hidup sunting

Roald Dahl dilahirkan pada tahun 1916 di Villa Marie, Fairwater Road, Llandaff, Cardiff, Wales. Ibu bapanya, Harald Dahl dan Sofie Magdalene Dahl (née Hesselberg), merupakan keturunan Norway'[4] Harald merupakan anak kelahiran Sarpsborg yang menetap di Cardiff pada tahun 1880-an manakala ibunya orang sebandar dengannya. anak kedua pasangan ini dinamakan sempena Roald Amundsen, seorang penjelajah kutub terkenal dari negara tersebut. Bahasa Norway merupakan bahasa ibundanya yang dituturkan bersama sekeluarganya.[5]

Dahl menyertai syarikat Shell Petroleum pada Julai 1933. Beliau ditugaskan bersama dua pekerja lain setelah dua tahun penjalanan latihan syarikat ke Mombasa, Kenya, kemudiannya ke Dar-es-Salaam, Tanganyika (kini di Tanzania) - Dahl hidup serba mewah di kota ini dengan orang gaji dan tukang masak yang tersendiri.[6]

Sewaktu Perang Dunia Kedua sunting

Pada Ogos 1939, Roald dilantik sebagai seorang pegawai berpangkat leftenan dalam pasukan King's African Rifles.[7] Pada bulan November tahun sama, Dahl menyertai Tentera Udara Diraja British sebagai seorang juruterbang bernombor 774022[8] di Nairobi; beliau merupakan antara empat orang yang berjaya mengharungi perang tersebut daripada 16 penerbang yang bertauliah. Dahl ditugaskan sebagai seorang pegawai juruterbang pada 24 Ogos 1940 dan bersedia memasuki skuadron.[8][9]

Pada 20 April 1941, Dahl terlibat dalam Pertempuran Athens bersama juruterbang pejuang terhebat dalam skuadronnya.[10][11] Pada bulan Mei tahun sama, Dahl dipindahkan ke Mesir dan kemudiannya ke Haifa untuk membentuk semula skuadronnya. Beliau membuat serangan udara setiap hari selama empat minggu, walau bagaimanapun beliau mula mengalami sakit kepala teruk yang menyebabkannya pitam dalam penerbangannya. Beliau terpaksa dihentikan jawatannyya, namun beliau masih dinaikkan pangkat sebagai seorang pegawai juruterbang dan pegawai terbang.[12]

Sebagai diplomat sunting

Selepas pemulihan beliau pada lewat bulan Mac 1942, beliau bertemu Naib Setiausaha Udara Negara Mejar Harold Balfour di kelabnya di London. Balfour sangat kagum akan kemahiran pembicaraan serta reputasi perangnya lalu melantiknya sebagai seorang pembantu atasé udara di Kedutaan British di ibukota Washington, D.C..[13]

Kehidupan pasca-perang sunting

Roald berkahwin dengan Patricia Neal, seorang pelakon Amerika Syarikat pada 2 Julai 1953 di Trinity Church, Bandar Raya New York. Perkahwinan mereka bertahan selama 30 tahun serta melahirkan 4 anak.

Pada 5 Disember 1960, anak ketiga mereka, Theo, cedera teruk akibat kereta sorongnya dilanggar sebuah kereta teksi di Bandar Raya New York; di mana dia menghidap hidrosefalus. Roald, seorang jurutera hidraulik bernama Stanley Wade dan pakar bedah bernama Kenneth Till bersama-sama membangunkan suatu injap khas yang membantu merawat kondisi ini.[14][15] Injap ini sangat berkesan sehingga digunapakai pada sebanyak hampir 3,000 anak-anak di seluruh dunia.[16]

Senja hidup sunting

Roald Dahl meninggal dunia tanggal 23 November 1990 pada usia 74 tahun akibat sindrom mielodisplastik di Oxford.[17] Beliau dikebumikan di St Peter nda St Paul's Church, Great Missenden, Buckinghamshire, England.

Karya terpilih sunting

Novel sunting

Bukan cerita rekaan sunting

Filem (sebagai penulis skrip) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "NLS: Say How, A-D". Library of Congress. Dicapai pada April 25, 2017.
  2. ^ Sturrock, Donald, Storyteller: The Authorized Biography of Roald Dahl, p. 19. Simon & Schuster, 2010.
  3. ^ "Roald Dahl: As popular - and profitable - as ever". BBC. 18 Ogos 2016. Dicapai pada 30 Ogos 2016.
  4. ^ Philip Howard, "Dahl, Roald (1916–1990)", Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, 2004.
  5. ^ Colin Palfrey (2006) Cardiff Soul: An Underground Guide to the City
  6. ^ Dahl, Roald (1984). Boy: Tales of Childhood. Jonathan Cape.
  7. ^ Donald Sturrock Storyteller: The Authorized Biography of Roald Dahl, p.116. Simon and Schuster, 2010
  8. ^ a b Issue 34964. London Gazette. 8 October 1940. page 5907
  9. ^ Conant, Jennet (2008). The Irregulars: Roald Dahl and the British Spy Ring in Wartime Washington. Simon and Schuster. m/s. 3.
  10. ^ Roald Dahl Going Solo, p. 151. Scholastic, 1996
  11. ^ Dahl, Roald. Going Solo (excerpt).
  12. ^ "No. 35292". The London Gazette. 30 September 1941. m/s. 5664.
  13. ^ Sturrock (2010: 165)
  14. ^ "Water on the Brain". MedGadget: Internet Journal of Emerging Medical Technologies. 15 Julai 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2006. Dicapai pada 11 Mei 2006. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ Dr Andrew Larner. "Tales of the Unexpected: Roald Dahl's Neurological Contributions" (PDF). Advances in Clinical Neuroscience and Rehabilitation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-12. Dicapai pada 2018-12-17.
  16. ^ "Roald Dahl on the death of his daughter". The Telegraph (3 Februari 2015).
  17. ^ "Deaths England and Wales 1984–2006". Findmypast.com. Dicapai pada 28 Januari 2011.

Bacaan lanjut sunting

  • Philip Howard, "Dahl, Roald (1916–1990)", Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, 2004; online edn, May 2006. Retrieved 24 May 2006
  • Donald Sturrock, Storyteller: The Authorized Biography of Roald Dahl, Simon & Schuster, 2010. ISBN 978-1416550822 (See the link to excerpts in "External Links", below.)
  • Andrea Shavick, Roald Dahl: The Champion Storyteller. Oxford University Press, 1997
  • Jeremy Treglown, Roald Dahl: A Biography, Farrar Straus & Giroux, 1994. ISBN 978-0374251307
  • Jason Hook, Roald Dahl: The Storyteller, Raintree, 2004
  • Jacob M. Held, Roald Dahl and Philosophy: A Little Nonsense Now and Then. Rowman & Littlefield, 2014
  • Jennifer Boothroyd, Roald Dahl: A Life of Imagination. Lerner Publications, 2008

Pautan luar sunting