Buka menu utama

Ryan Rodney Reynolds (lahir Oktober 23, 1976) ialah seorang pelakon Kanada. Dia melakonkan watak Michael Bergen dalam sitkom ABC, Two Guys and a Girl (1998–2001), Billy Simpson dalam YTV opera sabun remaja Kanada, Hillside (1991–1993) dan juga watak Marvel Comics, Hannibal King dalam Blade: Trinity (2004) dan Deadpool dalam X-Men Origins: Wolverine (2009) dan filem spin-off, Deadpool (2016).

Ryan Reynolds
Ryan Reynolds by Gage Skidmore.jpg
Kelahiran (1976-10-23) 23 Oktober 1976 (umur 42)
Vancouver, British Columbia, Kanada
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1991–sekarang
PasanganScarlett Johansson (k. 2008; c. 2011)
Blake Lively (k. 2012)
Anak1

Reynolds telah membintangi filem seperti National Lampoon's Van Wilder, Definitely, Maybe, The Proposal, The Amityville Horror, The Change-Up, Smokin' Aces, Buried dan Safe House. Dia juga melakonkan watak Hal Jordan versi DC Comics superhero Green Lantern dalam filem Green Lantern (2011) dan membuat penampilan kameo dalam Harold & Kumar Go to White Castle, Ted dan A Million Ways to Die in the West.

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Ryan Rodney Reynolds dilahirkan di Vancouver, British Columbia. Bapanya, Jim adalah seorang pemborong makanan dan ibunya, Tammy adalah seorang jurujual.[1] Dia berketurunan Ireland dan dibesarkan sebagai Roman Katolik.[2][3] Anak bongsu daripada empat adik-beradik lelaki,[4] dia menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Kitsilano di Vancouver pada tahun 1994. Dia kemudiannya menghadiri Universiti Politeknik Kwantlen, juga di Vancouver sehingga tercicir keluar.[5] Dua abangnya bekerja sebagai pegawai polis di British Columbia.[6][7]

KarierSunting

Karier Reynolds bermula pada tahun 1990 apabila dia memainkan watak "Billy" dalam sabun opera remaja Kanada, Hillside, diedarkan di Amerika Syarikat oleh Nickelodeon sebagai Fifteen. Pada tahun 1996, dia membintangi bersama Melissa Joan Hart dalam filem TV, Sabrina the Teenage Witch.[8] Sebagai orang dewasa, Reynolds membintangi dalam filem National Lampoon, Van Wilder dan siri televisyen Amerika, Two Guys, A Girl and a Pizza Place memainkan watak pelajar medikal, Michael "Berg" Bergen. Pada tahun 1993–94, dia mempunyai peranan berulang dalam The Odyssey sebagai Macro.[9] Dia juga membuat penampilan kameo dalam Harold & Kumar Go to White Castle sebagai jururawat, muncul dalam The In-Laws bersama Michael Douglas dan Albert Brooks. Dia juga muncul dalam filem keluaran Kanada, Foolproof.[10]

 
Reynolds pada bulan April 2007

Pada tahun 2005, dia memainkan watak pelayan bernama Monty dalam Waiting... dan eksekutif muzik Chris Brander dalam romantik komedi Just Friends bersama-sama Amy Smart dan Anna Faris. Reynolds memainkan watak protagonis dalam filem 2008, Definitely, Maybe.[11] Dia juga muncul dalam musim kedua siri televisyen, Scrubs. Pada tahun 2007, Reynolds memainkan watak sebagai kawan Brendan, Hams dalam episod "Douchebag in the City" sitkom TBS, My Boys. Pada tahun 2009, dia melakonkan watak Andrew Paxton dalam The Proposal juga dibintangi Sandra Bullock,[12] dan Mike Connell dalam Adventureland.[13]

Walaupun dia kebanyakannya memainkan watak komedi, Reynolds menjalani latihan fizikal untuk memainkan watak Hannibal King dalam filem 2004, Blade: Trinity.[14] Reynolds memainkan watak George Lutz dalam filem seram asal tahun 1979 dan dibuat semula pada tahun 2005, The Amityville Horror.[15] Dia memainkan watak agen FBI bersama-sama Ray Liotta dalam filem aksi jenayah 2006, Smokin' Aces.[16]

 
Reynolds ketika pembukaan filem X-Men Origins: Wolverine di Tempe, Arizona (2009)

Dalam temuramah pada bulan Mac 2005, Reynolds bercakap mengenai penglibatannya dalam kemungkinan filem adaptasi Deadpool bersama penulis skrip, David S. Goyer,[17] serta kemungkinan bermain watak penjelmaan The Flash dikenali sebagai Wally West adaptasi karakter popular DC Comics dalam projek filem yang akan datang. Reynolds memainkan watak Deadpool dalam spin-off X-Men, X-Men Origins: Wolverine dan telah diumumkan untuk memainkan watak itu sekali lagi dalam filem spin-off, Deadpool.[18] ia kemudian disahkan bahawa filem Deadpool akan direboot, mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam X-Men Origins: Wolverine dan mewujudkan cerita belakang baru untuk watak itu; dibuat kemungkinan dengan garis masa set semula dalam X-Men: Days of Future Past.[19] Pada bulan Disember 2014, ia telah diumumkan bahawa filem itu akan dikeluarkan pada awal tahun 2016.[20]

Dia juga membintangi filem thriller Sepanyol dan Amerika, Buried yang ditayangkan di Festival Filem Sundance.[21] Pada bulan Jun 2010, Reynolds telah dijemput untuk menyertai Akademi Sains dan Seni Perfileman.[22] Reynolds memainkan watak versi Hal Jordan superhero Green Lantern dalam filem Warner Bros., Green Lantern, dikeluarkan pada Jun 17, 2011 dalam 3D. Ini menjadikannya salah seorang daripada beberapa pelakon untuk membintangi watak Marvel dan DC.[23] Pada tahun 2012, dia memainkan watak seorang agen dalam Safe House bersama Denzel Washington.[24] Reynolds memainkan watak Nick Walker dalam filem Universal Pictures adaptasi Dark Horse Comics' R.I.P.D. (Rest in Peace Department) yang dikeluarkan pada tahun 2013.[25]

Dalam mediaSunting

Pada bulan Oktober 2008, Reynolds menulis untuk The Huffington Post mengenai rancangannya untuk menyertai Maraton Bandar Raya New York untuk bapanya yang mengalami Penyakit Parkinson.[26] Reynolds muncul dalam senarai majalah People Orang Lelaki Hidup Paling Seksi pada tahun 2008[27], 2009,[28]d an telah dianugerahkan penghormatan tertinggi pada tahun 2010.[29] Pada bulan April 2011, dia disenaraikan di tempat #15 dalam senarai People' Paling Cantik 2011.[30]

Pada Februari 12, 2012, Reynolds muncul dalam rancangan BBC, Top Gear dalam bintang dalam kereta harga berpatutan. Dia mencatat masa 1:43.7.[31]

Kehidupan peribadiSunting

Pada tahun 2002, Reynolds mula dating artis Kanada, Alanis Morissette. Mereka mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Jun 2004.[32] Pada bulan Februari 2007, wakil-wakil Morissette dan Reynolds mengumumkan mereka telah memutuskan untuk menamatkan pertunangan mereka.[33] Morissette berkata albumnya Flavors of Entanglement diciptakan dari kesedihan selepas perpisahan itu. Lagu "Torch" ditulis tentang Reynolds.[34]

 
Reynolds bersama Blake Lively mempromosi Green Lantern di Comic-Con 2010

Tidak lama selepas berakhir hubungannya dengan Morissette pada tahun 2007, Reynolds mula dating pelakon Amerika, Scarlett Johansson.[35] Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Mei 2008,[36] dan berkahwin pada September 27, 2008 dalam satu majlis berhampiran Tofino, British Columbia.[37] Pada Disember 14, 2010, Reynolds dan Johansson bahawa mereka telah berpisah.[38] Reynolds memfailkan tuntutan cerai di Los Angeles pada Disember 23, 2010;[39] Johansson juga memfailkan pada masa yang sama.[40] Perceraian itu telah dimuktamadkan pada Julai 1, 2011.[41]

Reynolds pertama kali bertemu bintang bersama Green Lantern, Blake Lively semasa penggambaran pada awal tahun 2010.[42] Pada bulan Oktober 2011, Hollyscoop melaporkan bahawa mereka dating.[43] Pada bulan Jun 2012, Reynolds dan Lively membeli rumah di Bedford, New York.[44] Pasangan itu berkahwin pada September 9, 2012, di Boone Hall Plantation, Mount Pleasant, South Carolina.[45] Mereka mempunyai seorang anak perempuan, James,[46] dilahirkan pada bulan Disember 2014.[47][48]

FilmografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak
1993 Ordinary Magic Ganesh/Jeffrey
1994 My Name Is Kate Kevin Bannister
1995 Serving in Silence: The Margarethe Cammermeyer Story Andy
1996 When Friendship Kills Ben Colson
1996 Sabrina the Teenage Witch Seth
1996 In Cold Blood Bobby Rupp
1997 Alarmist, TheThe Alarmist Howard Ancona
1998 Tourist Trap Wade Early
1999 Coming Soon Henry Lipschitz
1999 Dick Chip
2000 Big Monster on Campus Karl O'Reilly
2000 We All Fall Down Red Shoes
2001 Finder's Fee Quigley
2002 National Lampoon's Van Wilder Van Wilder
2002 Buying the Cow Mike Hanson
2003 In-Laws, TheThe In-Laws Mark Tobias
2003 Foolproof Kevin
2004 Harold & Kumar Go to White Castle Jururawat lelaki
2004 Blade: Trinity Hannibal King
2005 School of Life Michael "Mr. D" D'Angelo
2005 Amityville Horror, TheThe Amityville Horror George Lutz
2005 Waiting... Monty
2005 Just Friends Chris Brander
2006 Smokin' Aces Richard Messner
2007 Nines, TheThe Nines Gary/Gavin/Gabriel
2008 Chaos Theory Frank Allen
2008 Definitely, Maybe Will Hayes
2008 Fireflies in the Garden Michael Taylor
2009 Adventureland Mike Connell
2009 X-Men Origins: Wolverine Wade Wilson / Deadpool
2009 Proposal, TheThe Proposal Andrew Paxton
2009 Paper Man Captain Excellent
2010 Secret Origin: Story Of DC Comics Narrator
2010 Buried Paul Steven Conroy
2011 Green Lantern Hal Jordan / Green Lantern
2011 Change-Up, TheThe Change-Up Mitch Planko
2011 Whale, TheThe Whale Narrator
2012 Safe House Matt Weston
2012 Ted Jared
2013 The Croods Guy
2013 Turbo Turbo
2013 R.I.P.D. Nick Walker
2014 A Million Ways to Die in the West Man killed in bar
2014 The Voices Jerry Hickfang
2014 The Captive Matthew Piper
2015 Mississippi Grind Curtis
2015 Woman in Gold Randol Schoenberg
2015 Self/less New Damian Hale/Edward/Mark
2016 Criminal
2016 Deadpool Wade Wilson / Deadpool

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Watak Nota
1991–1993 Fifteen Billy Simpson Juga dikenali sebagai Hillside; 65 Episod
1993–1994 Odyssey, TheThe Odyssey Macro 14 episod
1995 Outer Limits, TheThe Outer Limits Derek Tillman Episod: "If These Walls Could Talk"
1995 Marshal, TheThe Marshal Rick Episod: "The Heartbreak Kid"
1995 Lonesome Dove: The Outlaw Years Griffin Episod: "Redemption"
1996 X-Files, TheThe X-Files Jay "Boom" DeBoom Episod: "Syzygy"
1996 John Larroquette Show, TheThe John Larroquette Show Tony Hemingway Episod: "Napping to Success"
1997–1998 Outer Limits, TheThe Outer Limits Paul Nodel 2 episod
1998–2001 Two Guys and a Girl Michael "Berg" Bergen 81 episod
2003 Scrubs Spence Episod: "My Dream Job"
2004–2005 Zeroman Ty Cheese Voice, 14 Episod
2007 My Boys Hams Episod: Douchebag in the City
2009 Saturday Night Live Hos Musim 35, Episod 660]]
2011 Family Guy Dirinya sendiri Suara, Episod: "Stewie Goes for a Drive"
2012 Top Gear Dirinya sendiri Siri 18 Episod 3]]: "Star in a Reasonably-Priced Car"
2012 Family Guy Overweight Guy Suara, Episod: "Jesus, Mary and Joseph!"

Video muzikSunting

Tahun Tajuk Artis Watak Nota
2009 "Threw It on the Ground" The Lonely Island Dirinya sendiri Pembukaan di Saturday Night Live sebagai Hos

RujukanSunting

  1. ^ "Ryan Reynolds profile at FilmReference.com". filmreference.com. Dicapai April 28, 2010. 
  2. ^ Posner, Michael (September 1, 2007). "Ryan Reynolds' Disappearing Act". enRoute, Air Canada's inflight magazine. Dicapai June 17, 2010. Reynolds grew up in an Irish-Catholic household in the Vancouver neighbourhood of Kitsilano. As a child, he went to church regularly 
  3. ^ "Ryan Reynolds". Glamour. Dicapai January 16, 2012. 
  4. ^ "Ryan Reynolds bio". Tribute.ca. Tribute Entertainment Media Group. Dicapai March 12, 2009. 
  5. ^ "Ryan Reynolds Biography". Yahoo! Movies. Yahoo!. Dicapai July 10, 2011. 
  6. ^ "About Ryan Reynolds". Canada.com. Dicapai 6 May 2008. 
  7. ^ "Ryan Reynolds almost copped it". smh.com.au. Dicapai 1 October 2010. 
  8. ^ "Ryan Reynolds". nytimes.com. Dicapai 16 May 2015. 
  9. ^ "A Look Back at Ryan Reynolds' Weird and Wonderful TV Career". film.com. Dicapai 16 May 2015. 
  10. ^ "Foolproof (2003)". movie-gazette.com/. Dicapai 16 May 2015. 
  11. ^ "Ryan Reynolds is stuck in the wrong movie in 'Definitely, Maybe'". nydailynews.com. Dicapai 16 May 2015. 
  12. ^ "Sandra Bullock and Ryan Reynolds Discuss 'The Proposal'". about.com. Dicapai 16 May 2015. 
  13. ^ "Ryan Reynolds Finds Himself Lost in 'Adventureland'". movieweb.com. Dicapai 16 May 2015. 
  14. ^ "Ryan Reynolds talks 'Blade: Trinity'". movieweb.com. Dicapai 16 May 2015. 
  15. ^ "Ryan Reynolds Goes for Scares with "The Amityville Horror"". About.com. Dicapai 16 May 2015. 
  16. ^ "Smokin' Aces RYAN REYNOLDS INTERVIEW". movieweb.com. Dicapai 16 May 2015. 
  17. ^ Stax (March 21, 2005). "The Latest on The Flash & Deadpool". IGN. IGN Entertainment, Inc. Dicapai March 12, 2009. 
  18. ^ "Ryan Reynolds Gets Deadpool Spin-off". TVGuide.com. Dicapai May 6, 2009. 
  19. ^ Matt Holmes (March 28, 2011). "Producer Says X-MEN 4 & 5 In Active Development, DEADPOOL is 'Total Reboot'". Whatculture!. 
  20. ^ Andrew Dyce. "Ryan Reynolds Confirmed To Star in 'Deadpool' Movie". Screen Rant. Dicapai April 21, 2015. 
  21. ^ "Sundance '10: Ryan Reynolds Speaks to Us from Inside a Coffin: 'Buried' Trailer Debut!". Bloody-disgusting.com. Dicapai March 6, 2010. 
  22. ^ "Movie News - Movie Reviews - Entertainment Weekly". Entertainment Weekly's EW.com. Dicapai April 21, 2015. 
  23. ^ Lowry, Brian (July 10, 2009). "BFDealmemo on Variety.com". Weblogs.variety.com. Dicapai March 6, 2010. 
  24. ^ "Safe House: Can Denzel Washington Ever Be a Bad Guy?". time.com. Dicapai 16 May 2015. 
  25. ^ "Ryan Reynolds Playing the Undead in 'R.I.P.D.' Adaptation". 
  26. ^ Reynolds, Ryan (October 9, 2008). "Ryan Reynolds: Why I'm Running the New York City Marathon". The Huffington Post. HuffingtonPost.com, Inc. Dicapai March 12, 2009. 
  27. ^ "The Sexiest Men Alive". People. November 14, 2007. Dicapai March 6, 2010. 
  28. ^ "The Sexiest Men Alive 2009". People. November 18, 2009. Dicapai March 6, 2010. 
  29. ^ "People Magazine Names Ryan Reynolds As Sexiest Man Alive". 
  30. ^ "PEOPLE's Most Beautiful 2011". People.com. April 13, 2011. Dicapai August 9, 2011. 
  31. ^ "Ryan Reynolds: "I'm a Horrible Driver" (TOP GEAR)". youtube. Dicapai 16 May 2015. 
  32. ^ Silverman, Stephen M.; Midler, Caryn (June 16, 2004). "Alanis Morissette, Ryan Reynolds Engaged". People Weekly. Dicapai March 12, 2009. 
  33. ^ Jordan, Julie (February 2, 2007). "Alanis Morissette, Ryan Reynolds End Engagement". People. People. Dicapai May 2, 2011. 
  34. ^ "Alanis Morissette Talks Ryan Reynolds Breakup, Covering 'My Humps' — Access Hollywood". Access Hollywood. Dicapai March 6, 2010. 
  35. ^ Messer, Lesley (April 9, 2007). "Mo & Ryan Reynolds Step Out in NYC". People Weekly. Dicapai March 12, 2009. 
  36. ^ Chiu, Alexis (May 5, 2008). "Scarlett Johansson & Ryan Reynolds Engaged!". People Weekly. Dicapai March 12, 2009. 
  37. ^ "Scarlett Johansson and Ryan Reynolds Wed in Canada". People Weekly. September 28, 2008. Dicapai March 12, 2009. 
  38. ^ "Scarlett Johansson & Ryan Reynolds Split Up". People. Dicapai December 14, 2010. 
  39. ^ "Ryan Reynolds, Scarlett Johansson's Divorce Finalized". UsMagazine.com. January 7, 2011. Dicapai October 6, 2013. 
  40. ^ "Ryan Reynolds Files For Divorce From Scarlett". TMZ. Dicapai December 23, 2010. 
  41. ^ "Ryan Reynolds, Scarlett Johansson's Divorce Finalized". Us Weekly. July 1, 2011. Dicapai July 1, 2011. 
  42. ^ "Green Lantern Production Begins Today!". Screenrant.com. 2011-06-17. Dicapai 2013-05-28. 
  43. ^ Vanderberg, Madison (October 12, 2011). "It's Confirmed: Ryan Reynolds and Blake Lively are Dating". Hollyscoop. Dicapai January 28, 2012. 
  44. ^ "Blake Lively & Ryan Reynolds Buy a 'Country Home' Together: Source". People. Dicapai 4 June 2012. 
  45. ^ "Blake Lively & Ryan Reynolds are Married". People. September 9, 2012. Dicapai September 9, 2012. 
  46. ^ Hines, Ree (March 20, 2015). "Ryan Reynolds reveals his baby's name on TODAY". TODAY. Dicapai March 21, 2015. 
  47. ^ Leon, Anya (January 7, 2015). "Ryan Reynolds and Blake Lively Welcome a Daughter". People. Dicapai February 21, 2015. 
  48. ^ Freydkin, Donna (February 2, 2015). "No, Blake and Ryan's daughter is NOT named Violet". USA Today. Dicapai February 21, 2015. 

Pautan luarSunting