Saharil Hasrin Sanin

penulis Malaysia

Saharil Hasrin Sanin (lahir 21 Oktober 1975 di Pontian, Johor) ialah seorang penulis, pereka grafik dan pelukis Malaysia. Beliau merupakan lulusan Kejuruteraan Industri dari Universiti Cardiff, England pada 1998. Sekarang, beliau sedang bertugas dan menetap di pinggir Kuala Lumpur.

Beliau mula menulis sejak bersekolah di Sekolah Alam Shah. Cerpen pertama beliau diterbitkan Majalah Dewan Siswa pada 1991, dan telah memenangi Hadiah Sastera Siswa pada tahun yang sama. Pada 1992, beliau telah dipilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa Pustaka. Blog beliau pula pernah menerima anugerah "Blog Terhebat dan Terbaik" daripada "Anugerah Geng Jurnal" pada 2007.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Blogger terhebat, Kosmo! Dicapai 16 Julai 2009

Pautan luar sunting