Sains dan teknologi di Filipina

Pengkaji IRRI mengkaji DNA beras di bawah cahaya ultra lembayung.
Pengkaji IRRI mengkaji DNA beras di bawah cahaya ultra lembayung.

Jabatan Sains dan Teknologi (Department of Science and Technology) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas pembangunan dan penyelarasan projek berkenaan sains dan teknologi di Filipina.[1]

Antara pertubuhan penyelidikan termasuk International Rice Research Institute, sebuah badan penyelidikan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada 1960 dengan ibu pejabat di Los Baños, Laguna,[2][3] tertumpu [ada penemuan jenis-jenis beras baru serta penciptaan teknik-teknik pengurusan tanaman untuk membantu petani menambah baik hidup.[4] Filipina membeli satelit pertama pada 1996.[5] Pada 2016, satelit mikro pertama Filipina, Diwata-1 dilancarkan dari kapal angkasa Cygnus.[6]

Anugerah National Scientist of the Philippines dihadiahkan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pelbagai bidang sains di negara. Antara saintis terkenal termasuk:

  • Maria Orosa, ahli teknologi makanan yang terkenal dengan produk makanan yang dirumuskan beliau seperti calamansi nip, soyalac dan banana ketchup[7]
  • Fe del Mundo, ahli pediatrik perintis yang bergiat selama lapan dekad[8]
  • Paulo Campos, ahli fizik yang bergelar "Bapa Perubatan Nuklear Filipina" atas sumbangan beliau dalam bidang perubatan nuklear[9]
  • Ramon Barba, pencipta dan ahli hortikultur yang dikenali dengan kaedah mencetuskan lebih banyak bunga pada pokok mangga.[10]

RujukanSunting

  1. ^ "About DOST; The DOST in Brief". Department of Science and Technology. Diarkib daripada yang asal pada May 22, 2013. Dicapai pada January 15, 2016.
  2. ^ "IRRI website: About IRRI".
  3. ^ "International Rice Research Institute on Google maps".
  4. ^ "An adventure in applied science: A history of the International Rice Research Institute". Dicapai pada October 5, 2014.
  5. ^ "Mabuhay acquires Indon satellite;sets new orbit". Manila Standard. July 25, 1996. Dicapai pada October 5, 2014.
  6. ^ Ronda, Rainier (March 24, 2016). "US aircraft with Philippines's first microsatellite launched into space". Philstar. Dicapai pada March 24, 2016.
  7. ^ Roces, Alejandro R. (November 29, 2007). "Maria Ylagan Orosa". The Philippine Star. Dicapai pada October 5, 2014.
  8. ^ Engel, KeriLynn. "Fe del Mundo, first female student at Harvard Medical School". Amazing Wome History. Dicapai pada October 5, 2014.
  9. ^ Sabater, Madel R. (June 5, 2007). "National Scientist Dr. Paulo Campos passes away at 85". Manila Bulletin. Diarkib daripada yang asal pada September 14, 2007. Dicapai pada December 29, 2007.
  10. ^ Sabater, Madel (August 12, 2014). "Dr Ramon Barba: Science 'against all odds'". Rappler. Dicapai pada October 5, 2014.