Dedalu

(Dilencongkan dari Salix)

Dedalu, dalu-dalu, dalu atau dendalu ialah sejenis tumbuhan luruh dalam genus Salix.[3][4][5] Terdapat kira-kira 400 spesies dalam genus ini[2] ditemukan di tanah lembap kawasan-kawasan sejuk dan beriklim sederhana Hemisfera Utara.

Dedalu
ددالو
Salix alba Morton.jpg
Salix alba 'Vitellina-Tristis'
Morton Arboretum
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Salix

L., nom. cons.[1]
Spesies jenis
Salix alba L.
Spesies

Kira-kira 400.[2]

PenamaanSunting

Perkataan "dalu" (Jawi: دالو), "dedalu" (Jawi: ددالو) dan "dendalu" (Jawi: دندالو) asalnya daripada perkataan "bendalu" (Jawi: بندالو) iaitu pokok yang menumpang pada pokok lain atau "epifit".[6][7]

TaksonomiSunting

Nama genus Salix diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1753;[1] ia daripada kata bahasa Latin yang sudah digunakan orang Rom menyebut pelbagai jenis pokok dedalu.[8]

BotaniSunting

Batang dan akarSunting

Pokok dedalu mempunyai sap kulit kayu berair yang banyak dan sangat penuh dengan asid salisilik. Akar-akarnya besar dan berserabut; ia boleh tumbuh dari bahagian pokok yang tinggi di udara.[9] Batang-batangnya nipis, kayunya lembut dan mudah dibentuk.[9]

DaunSunting

Daun-daun pokok biasanya panjang, ringkas dan mempunyai urat berselirat. Sisinya bergerigi. Daun-daun ini berwarna pelbagai warna hijau antara kekuningan hingga kebiruan. Kebanyakan spesies pokok dedalu mengugurkan daun.

BungaSunting

Sebatang pokok dedalu mempunyai satu jenis bunga jantan atau bunga betina yang disusun untai, untai-untai bunga ini muncul pada musim bunga sebelum daun-daunnya tumbuh.

Untai bunga jantan tidak ada kelopak dan ranggi dengan 2-10 sulur bunga; cepu debunya berwarna merah jambu di putik tetapi menjadi jingga atau ungu selepas bunga jantan kembang. Tangkai sulur atau filamennya seakan benang berwarna perang pucat. Untai bunga betinanya juga tidak ada kelopak atau ranggi, dan terdiri daripada ovari tunggal diiringi kelenjar madu pipih dan kecil yang masuk dalam pangkal sisik jentu untai.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Salix L." The International Plant Names Index. The Royal Botanic Gardens, Kew, Harvard University Herbaria & Libraries dan Australian National Botanic Gardens. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  2. ^ a b Mabberley, D.J. (1997). The Plant Book. 2. Cambridge: Cambridge University Press.
  3. ^ "Salix". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Pusat Penyelidikan Hutan Malaysia (1989). Tree Flora of Malaya: A Manual for Foresters. 4. Longman Malaysia. m/s. 432–433.
  5. ^ "Salix L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  6. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "bĕndalu". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 116 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  7. ^ "bendalu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  8. ^ Genaust, Helmut (2005) [1996]. Etymologisches Wörterbuch der botanischen Pflanzennamen [Kamus Etimologi Nama Botani Tumbuhan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-3, disemak dan dikembangkan sepenuhnya). Hamburg, Jerman: Nikol. m/s. 552. ISBN 3-937872-16-7.
  9. ^ a b Dickmann, D. I.; Kuzovkina, J. (2014). "Poplars and willows of the world, with emphasis on silviculturally important species". Poplars and willows: Trees for society and the environment. CABI. m/s. 8–91. doi:10.1079/9781780641089.0008. ISBN 9781780641089.