Samarkand (kumpulan muzik)

Samarkand ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang main rock progresif. Ia ditubuhkan pada 1998 dan anggotanya termasuk Martin Vengadesan (vokal utama/keyboard), Sujesh Pavithran (vokal utama/bass), NR Lohan (gitar) dan Rudolf Frank (dram). [1]

Ini gambar kumpulan muzik Samarkand. (L-R) Rudolf Frank, Sujesh Pavithran, Martin Vengadesan, N Rama Lohan.
Ini gambar kumpulan muzik Samarkand. (L-R) Rudolf Frank, Sujesh Pavithran, Martin Vengadesan, N Rama Lohan.

Band ini mencapai peringkat akhir MTV's Band Alert (Malaysia) pada tahun 1998, yang telah di menangi oleh kumpulan Tuku Kame.[2]

Mereka juga membuat persembahan di festival rock Rock The World pada Mac 2000[3] dan mengeluarkan album Spinning In Infinity pada tahun 2002.

Ini gambar "reunion" Samarkand di Merdekarya pada tahun 2018.
Ini gambar "reunion" Samarkand di Merdekarya pada tahun 2018.

Album ini mengandungi Thirty Pieces Of Silver, yang mencapai #6 pada carta Hitz FM, serta lagu-lagu rock progresif seperti Prelude To Dawn dan The Concise History Of Ethelred The Unready.

Pada tahun 2002, Vengadesan meninggalkan kumpulan dan digantikan oleh pemain gitar/keyboard Wong Lip Kee.

Samarkand akhirnya dibubarkan pada 2006 tetapi bersatu semula secara ringkas pada 2018 untuk siri rancangan ulang tahun ke-20.[4] Selepas empat persembahan, kumpulan itu memutuskan untuk bersara namanya secara kekal.

Anggotanya telah masuk projek rakaman lain seperti Square Circles, Cats In Love[5] dan Martin Vengadesan & The Stalemate Factor[6].

Rujukan sunting

  1. ^ "Coming a full circle two decades on". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-23.
  2. ^ https://www.sonicbids.com/band/tukukame/
  3. ^ https://lymee.tripod.com/pastgig.html
  4. ^ https://thecitylist.my/blog/samarkand-20-year-reunion-24-26-august-various-2018
  5. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/entertainment/2023/01/11/retro-rock-band-cats-in-love-debuts-first-single-in-17-years/
  6. ^ https://malaysiakini.com/news/553586