Martin Vengadesan

Penulis Malaysia

Martin Vengadesan ialah seorang penulis Malaysia dan pengarang di portal berita Malaysiakini.[1]

Ini gambar Martin Vengadesan pada tahun 2016.
Ini gambar Martin Vengadesan pada tahun 2016.

Anak kepada bekas duta besar Dato’ Ramanathan Vengadesan, beliau dilahirkan di Helsinki, Finland pada 3 Mei 1973 dan dibesarkan di sembilan negara merentasi empat benua.[2]

Latar belakang sunting

Pada tahun 1993, ketika kembali ke Malaysia, beliau cuba untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pemuzik. Akhirnya, pada tahun 1996, dia menyertai The Star sebagai wartawan muzik. Beliau bekerja di The Star dari 1996 hingga 2018 dan menulis tentang sejarah, politik dan muzik.

Semasa bekerja di The Star, beliau bekerja dalam bahagian digital surat akhbar tersebut sebagai editor untuk aplikasi The Star iPad dan laman web berita popular, Star Online.[3] Dia menulis dua kolum untuk The Star, ‘Music Myths & Legends’ (2002–2012) dan ‘Watching The World’ (2013–2018), yang masing-masing menyentuh sejarah muzik dan politik dunia.

 
Martin Vengadesan semasa muda pada tahun 1996.

Sebagai seorang wartawan dan editor, beliau terlibat dalam menonjolkan kekejaman polis dan kematian dalam tahanan, pelanggaran hak wartawan dan kebebasan media di Malaysia, hak pekerja, isu Orang Asli, dekriminalisasi ganja ubatan dan penentangan hukuman mati.[4][5] Sepanjang kariernya, beliau juga menulis tentang parti politik berasaskan kaum dan menyeru tindakan afirmatif berasaskan keperluan. Selain itu, Vengadesan juga telah menyeru tindakan terhadap menamatkan sistem pilihan raya first-past-the-post.[6]

Sebagai penulis dan editor, beliau pernah memenangi anugerah dan diundi sebagai kolumnis lelaki paling popular di Malaysia oleh majalah Monsieur pada tahun 1997, dan menerajui bahagian digital The Star iPad yang memenangi pingat emas dalam penerbitan tablet di Anugerah Media Digital Asia 2011 (Asian Digital Media Awards 2011). Anugerah tersebut telah dinyampaikan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-IFRA).[7]

Vengadesan juga menerajui Star Online sebagai editor berita apabila ia memenangi gangsa untuk laman web akhbar terbaik di anugerah Media Digital Asia pada 2013.[8] Sebagai editor web, beliau telah menerajui liputan pilihan raya umum 2013 dan 2018 serta berita tergempar seperti kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014 dan penembakan pesawat MH17 pada Julai 2014.

Pada 2018, beliau mewakili Malaysia di World Editors Roundtable yang diadakan di Brussels, Belgium dan memberi amaran terhadap kemungkinan penyalahgunaan perundangan berita palsu.[9] Beliau berhujah bahawa kerajaan Najib Abdul Razak di Malaysia telah meluluskan undang-undang untuk membantu mengekang pendedahan skandal rasuah 1MDB.

Pada 2022, cerita multimedianya tentang kematian dalam tahanan (yang ditajukkan "Death Behind Bars") memenangi pingat perak dalam kategori Kecemerlangan Kewartawanan Multimedia di anugerah Malaysian Press Institute.[10] Pada 2023, beliau memenangi kategori Kolumnis/Penyunting Penulisan Ciri Terbaik di anugerah Malaysian Press Institute, yang dianggap sebagai anugerah tertinggi Malaysia.[11]

Aktivisme sunting

Vengadesan juga berkhidmat sebagai pegawai kesatuan sekerja dari 1998 hingga 2008 sebelum beliau menjadi bendahara agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan.[12]

Seorang sosialis, beliau menyertai Parti Rakyat Malaysia pada 1995. Beliau merupakan setiausaha agung Angkatan Muda parti tersebut pada masa penggabungannya dengan Parti Keadilan Nasional, di mana beliau membantu menulis perlembagaan parti baharu itu, yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat.

Vengadesan berkait rapat dengan gerakan Reformasi, walaupun secara rahsia kerana tugasnya di akhbar The Star.

Beliau secara ringkas merupakan naib presiden Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat dari tahun 2003 hingga 2004.[13]

Penulisan sunting

 
Martin Vengadesan membaca di Readings @ Seksan pada tahun 2023

Vengadesan juga merupakan pengarang bersama buku jenayah sebenar terlaris Malaysian Murders & Mysteries bersama rakan wartawan Andrew Sagayam yang diterbitkan pada November, 2019. Menampilkan cerita mengenai 42 jenayah paling terkenal di Malaysia, buku itu mengungguli carta jualan bukan fiksyen dan kini dalam cetakan ke-enam.[14] [15] [16]

Buku kedua Vengadesan ialah novel fiksyen sains dystopian Malaya 2057: A Thousand Moons Have Passed yang diterbitkan pada Disember 2021.[17][18] Penyingkiran daripada karya sastera bukan fiksyennya, ia adalah kisah alegori yang menyatakan sosialisnya dan pandangan humanis sekular tentang dunia.[19][20]

Dia menerbitkan buku ketiganya 101 Albums You Need To Hear Before I Die pada Mei 2023.[21] Ia menggambarkan kerjayanya sebagai wartawan muzik yang menampilkan wawancara/anekdot dengan B.B. King, Carlos Santana, Phil Collins, Ginger Baker, Ravi Shankar dan banyak lagi.[22]

Muzik sunting

 
Martin Vengadesan bermain keyboard di Merdekarya pada tahun 2017

Sebagai seorang pemuzik, Vengadesan merakam lima album dalam genre folk-rock, rock psychedelik dan rock progresif. Secara liriknya, subjeknya terdiri daripada sejarah hingga falsafah, agama hingga politik sayap kiri.

Album pertama Vengadesan, bertajuk Spinning In Infinity, diterbitkan bersama kumpulan Samarkand. Samarkand juga membuat persembahan di festival rock berskala besar Rock The World pada Mac 2000. Single kugiran tersebut Thirty Pieces Of Silver telah mencapai status "Top Ten hit" di carta Hitz FM pada tahun 2002.

Empat album lain beliau dirakam di bawah Martin Vengadesan & The Stalemate Factor.[23]

Berdasarkan tema catur, album tersebut bertajuk The Queen's Gambit (2018), The Bishop's Sacrifice (2019), The Knight's Flight (2020) dan The Rook's Siege (2023).[24][25]

Keluarga sunting

Vengadesan mempunyai tiga anak: Elesh Sebastien (dilahir 1997), Ekath Fidel (dilahir 2003) dan I-Shan Esther Christie (dilahir 2005).

I-Shan juga telah bernyanyi empat lagu dalam album The Rook's Siege dan ia menjadi penyanyi/pemain gitar kumpulan Faye Faire.

I-Shan telah meninggal dunia pada Jun 16, 2023.[26]

Pada Feb 15, 2024, Faye Faire telah edarkan album In My Mind yang termasuk five lagu yang telah dicipta oleh I-Shan.[27]

Karya-karya sunting

Malaysian Murders and Mysteries (bersama Andrew Sagayam) (2019) ISBN 9789814868556

Malaya 2057: A Thousand Moons Have Passed (2021) ISBN 9789672438144

101 Albums You Need To Hear Before I Die (2023) ISBN 9789670042640

Rujukan sunting

  1. ^ Sathiabalan, Indra (2023-05-03). "Vengadesan reflects on soundtrack of his life with third book". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  2. ^ "Telum Talks To… Martin Vengadesan, Associate Editor at Malaysiakini". Telum Media (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-16. Dicapai pada 2023-09-03.
  3. ^ "Martin Vengadesan". MarshallCavendish.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  4. ^ Vengadesan, Martin. "All up in smoke". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  5. ^ T.AVINESHWARAN, MARTIN VENGADESAN and. "Lock-up deaths: Surendran speaks out". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  6. ^ Vengadesan, Martin (2023-06-16). "COMMENT | Going in circles - who can save us from ourselves?". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  7. ^ Audrey Edwards, Yip Yoke Teng (25 Nov 2011). "Star Publications bags two golds and a bronze at Asian awards". The Star Online.
  8. ^ BROWN, BY VICTORIA. "The Star Online bags bronze medal at Asian Digital Media Awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  9. ^ "9th ASEF Editors' Roundtable (ASEFERT9)" (PDF). |first= missing |last= (bantuan)
  10. ^ "Malaysiakini bags three silver prizes at MPI media awards". Malaysiakini. 2022-06-24. Dicapai pada 2023-09-03.
  11. ^ Mohd, Hariz (2023-06-09). "Malaysiakini, Kini News Lab bag journalism awards again". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  12. ^ admin (2008-09-19). "Contesting the NUJ". The Nut Graph (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  13. ^ Vengadesan, Martin (2019-06-24). "Saudara Zul died yesterday – he never gave up his struggle". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  14. ^ Sathiabalan, S. Indra. "Behind the headlines". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  15. ^ Koshy, Elena. "Murder they wrote: Exciting new book 'Malaysian Murders and Mysteries'".
  16. ^ Tong, Geraldine (2019-11-12). "Crimes that shook the nation: A gruesome trip down memory lane". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  17. ^ Wong, Noel (March 3, 2022). "Local author shares bleak future in 'Malaya 2057'". Free Malaysia Today.
  18. ^ Koshy, Elena (February 6, 2022). "Malaya 2057: Author Martin Vengadesan dreams dystopian future".
  19. ^ Tong, Geraldine (2021-12-23). "'Malaya 2057' - Visions of a futuristic, dystopian Malaysia". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-03.
  20. ^ Fernandez, Haikal (April 24, 2022). "Malaya 2057: A dystopian vision of the future". The Vibes.
  21. ^ Wong, Noel (June 8, 2023). "A Malaysian's Guide To The Best Albums Ever".
  22. ^ Koshy, Elena (July 2, 2023). "From creepy music that drives people to suicide to a bitter band break-up, the stories behind great music are intriguing!". New Straits Times.
  23. ^ CHEANG, MICHAEL. "Martin Vengadesan's band of newsmen record a 'Queen's Gambit' album". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  24. ^ thinkleftpsm (2020-12-21). "Leftist music by Martin Vengadesan and the Stalemate Factor". Think Left (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
  25. ^ "Malaysiakini's Martin Vengadesan releases psychedelic rock CD". Malaysiakini. 2020-12-03. Dicapai pada 2023-09-03.
  26. ^ Chua, Dennis (2024-03-02). "#Showbiz: Legacy of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-02.
  27. ^ Lifestyle, Terence Toh @ FMT (2024-02-23). "Faye Faire's new music honours a friend gone too soon". Free Malaysia Today (FMT) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-23.