Sean Eugene Selvaraj (lahir 11 April 1996)[2] ialah pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk kelab Liga Super Malaysia Sri Pahang FC. Sean bersama dengan kelabnya mara ke pentas akhir Piala FA Malaysia 2018.

Sean Selvaraj
Maklumat peribadi
Nama penuh Sean Eugene Selvaraj[1]
Tarikh lahir (1996-04-11) 11 April 1996 (umur 27)
Tempat lahir Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Pemain tengah, Sayap serang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sri Pahang
Nombor 7
Kerjaya remaja
2013–2016 Negeri Sembilan
2014 Harimau Muda C
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2017 Negeri Sembilan 9 (2)
2018–2021 Selangor 49 (7)
2022–2023 Negeri Sembilan 24 (2)
2024– Sri Pahang 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013–2015 Malaysia B-19 8 (1)
2016–2019 Malaysia B-23 7 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:20, August 9, 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 December 2017

Kerjaya kelab sunting

Kehidupan awal sunting

Sean dilahirkan di Negeri Sembilan dan bermain bagi pasukan Negeri Sembilan bawah-21 dari tahun 2013 sehingga 2015. Dia salah satu daripada pemain bola sepak Negeri Sembilan yang menyertai perlawananSukma 2016 di Sarawak.[3]

Negeri Sembilan sunting

Pada bulan April 2016 jurulatih Negeri Sembilan, Gary Phillips mendedahkan dalam satu wawancara bahawa Sean yang semasa itu telah berusia 20 tahun telah siap untuk menyertai skuad semasa Negeri Sembilan, tetapi ia hanya mampu tampil dalam 9 perlawanan dan menjaringkan dua gol di Liga Super Malaysia dalam dua musim (2016, 2017).

Selangor sunting

Pada tarikh 4 Disember 2017, Sean menandatangani kontrak selama satu tahun membersamai Selangor secara perpindahan percuma.

Negeri Sembilan sunting

Sean menyertai semula kelab asalnya pada tahun 2022. Bersama Negeri Sembilan FC, Sean menduduki peringkat ke-4 carta permainan Liga Super Malaysia. Pencapaian Sean di kelab itu dapat dikatakan mengagumkan, sebab Negeri Sembilan baru mendapat kelayakan dari Liga Premier Malaysia in pada musim sebelumnya. Negeri sembilan sudah lama dianggap sebagai kelab underdog. Semasa membersamai Negeri Sembilan FC bagi yang ke-2, ia telah tampil dalam 12 perlawanan dan menjaringkan 2 gol.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada tarikh 1 Julai 2017, Sean mendapat panggilan bagi menyertai skuad semasa Malaysia B-23 untuk Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2018 pada 2017. Sean memulakan debut perdana di senior dalam perlawanan menentang Indonesia B-23 pada 19 Julai 2017, Sean bermain selama 30 minit di Bangkok, Thailand. Perlawanan itu berakhir 3–0 kemenangan ke atas Malaysia.[4]

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Selangor

Rujukan sunting

  1. ^ "Sean Selvaraj Profile". Soccerway. 4 December 2017.
  2. ^ "Sean Eugene Selvaraj enticed by the chance of working with P. Maniam at Selangor FA". Goal.com. Dicapai pada 14 December 2021.
  3. ^ "Sean Selvaraj Sukma Profile". sukmasarawak2016.my. 21 July 2016.
  4. ^ "Indonesia U-23 vs. Malaysia U-23 Report". Asian Football Confederation. 19 July 2017.