Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat

Rancangan Briggs

sunting

Hampir 86% penduduk setinggan pinggir hutan terdiri daripada orang-orang Cina. 90% pengganas komunis adalah orang Cina. Setinggan Cina bertambah kepada 40,000 orang sejak 1945 dan ini amat membimbangkan.

RM300 juta setahun digunakan untuk membeli dan membiayai kelengkapan senjata bagi menghapuskan pengganas komunis.

Pada bulan September 1948, Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Pada bulan Oktober 1951, Sir Henry Gurney ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

21 Mac 1950 - Leftenan Jeneral Sir Harold Brigg dilantik sebagai Pengarah Operasi Darurat di Tanah Melayu. Beliau menggantikan Sir Henry Gurney dan meneruskan dasar-dasar sebelum itu. Beliau hanya memulakan tugas secara rasmi pada 3 April 1950. Beliau merupakan komander yang berpengalaman luas dengan taktik peperangan gerila di hutan rimba. Tugasnya untuk :

  • Melunturkan semangat komunis
  • Menyekat sumber kewangan
  • Kawalan ketat ke atas kawasan yang berpenduduk padat.
  • Memisahkan hubungan antara penduduk setinggan dengan organisasi komunis.
  • Memaksa komunis menyerang di luar kawasan hutan supaya komunis tidak dapat menyerang hendap ke atas pasukan keselamatan di dalam hutan.

Hasil Rancangan Briggs

sunting
  • Seramai 572,917 orang telah dipindahkan ke 480 kampung batu antara Jun 1950 hingga akhir 1952
  • Di Selangor terdapat 97,346 orang di 49 buah kampung baru.

Kaedah Rancangan Briggs

sunting
  • Kumpulan semula Pekerja
  • Kumpulan semula Melayu
  • Kumpulan semula Orang Asli
  • Penempatan semula

Pada 13 Januari 1952, Sir Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu dan meneruskan Rancangan Briggs.

Sejarah Kampung Baru di Daerah Hulu Langat

sunting
  • Terdapat 10500 orang setinggan di Hulu Langat.
  • Terdapat 10 buah kampung baru di daerah Hulu Langat:
  1. Kampung Baru Batu 14, Hulu Langat
  2. Kampung Baru Batu 18, Hulu Langat
  3. Kampung Batu 9 Cheras
  4. Batu 11 Cheras
  5. Balakong
  6. Sungai Chua
  7. Semenyih
  8. Broga
  9. Bangi
  10. Kampung Dengkil

Kampung Baru Sungai Chua

sunting

Kampung ini ditubuhkan pada tahun 1951. Penduduknya di kampung ini ialah orang Cina dialek Hakka dan Kantonis. Mereka berasal dari Sungai Kantan, Broga, Kachau dan Ayer Hitam dan 45 buah keluarga penduduk asal kampung Sungai Chua. Wakil penduduk Sungai Chua Low Yit membantah mereka dipindahkan kerana telah duduk di situ lebih 30 tahun. Haji Abdul Aziz selaku Pegawai Daerah Hulu Langat, menolak rayuan kerana membekalkan maklumat dan makanan kepada komunis.

Penduduk Sungai Chua berpakat sesama sendiri membina pagar berduri dengan kerjasama Than Seng Kong, Penolong Pegawai Penempatan Semula Setinggan Hulu Langat. Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee'.

Pada bulan Jun 1953, sebuah koperasi ditubuhkan di kampung ini bagi membekalkan beras yang dikawal ketat.

1950 – seramai 3000 pelajar telah bersekolah di Sekolah Cina Sungai Chua. Ini menunjukkan mereka sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka.

Pihak Lembaga Elektrik Tengah telah memasang lampu-lampu elektrik di Kampung Baru Sungai Chua. Sebelum ini mereka bergantung kepada lampu gasolin dan lilin sahaja.

Kampung Baru Semenyih

sunting
 
Perarakan anti komunis di Semenyih 1952

Kampung Baru Semenyih terletak 6 km dari Kajang. Komunis memang aktif dan agresif di sini berbanding kawasan-kawasan lain. Penduduknya didatangkan dari Kampung Mantin, Kachau, Broga dan penduduk asal Semenyih dan lain-lain. Penduduknya meningkat kepada 2000 orang.

Tetapi hanya 220 buah rumah dibina untuk penduduk asal Semenyih. Klinik kesihatan, jalan raya, saliran dan sekolah telah disediakan. Sebuah koperasi turut diadakan dengan 11 ahli paling awal dan saham RM1,100 dikumpulkan. Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee'.

Masalah penyakit dan hospital yang jauh menjadi masalah utama. Oleh itu kerajaan telah menyediakan dispensari kekal yang lengkap dengan pembantu hospital, bidan dan sebagainya.

Bilik darjah tidak mencukupi di Sekolah Sin Min kerana bilangan penduduk Kampung Baru Semenyih yang bertambah ramai. Oleh itu Sekolah Rendah Cina Kampung Baru Semenyih telah dibina berhampiran dengan kampung baru ini. Kerajaan melalui MCA memberi RM2000 untuk membina sekolah baru ini.

Pada tahun 1950, makanan yang telah dimasak boleh dibeli di bilik memasak di Kampung Baru Semenyih. Ini kerana catuan makanan masih boleh disalurkan keluar kepada komunis. Sistem Nasi Kawah diperkenalkan. 5 buah bilik masak dibina berdekatan dengan Pusat Kegiatan Guru Semenyih, sekarang ini.

Seramai 2400 murid telah bersekolah di sekolah Cina Semenyih pada tahun tersebut.

Pada tahun 1952, penoreh getah wanita telah diancam oleh pengawal kampung di Kachau Gate, Broga Gate, Kajang Gate dan Bangi Gate. Di Kachau Gate, pakaian penoreh getah wanita Cina sengaja dibuang ke tempat yang jauh dari pada pusat pemeriksaan. Mereka terpaksa bertelanjang bogel di subuh hari itu untuk mengambil semula pakaian mereka. Ini menimbulkan kemarahan penduduk dan kes ini dibawa ke peringkat atas sehingga ke Parlimen di London. Akhirnya mereka yang terlibat telah dihadapkan ke mahkamah tinggi.

1952 kerajaan telah membina perigi-perigi di Kampung Baru Semenyih kerana tidak mempunyai saluran air paip. Sementara yang lain membina perigi sendiri. Kampung Baru 9, Hulu Langat Kerajaan membina pagar dawai berduri dan dua pintu pagar dengan kos RM20,000 pada tahun tersebut.

1954 Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee.

24 April 1954 perpustakaan awam Kampung Baru Semenyih telah dibuka secara rasmi oleh Mr Michael Gorrie selaku Pegawai Daerah Hulu Langat. Perpustakaan yang dimaksudkan ini mungkin yang terletak berdekatan dengan pasar Kampung Baru Cina Semenyih dan Gereja Lutheran Semenyih.

Pihak Lembaga Elektrik Tengah telah memasang lampu-lampu elektrik di Kampung Baru Semenyih. Sebelum ini mereka bergantung kepada lampu gasolin dan lilin sahaja.

Kampung Baru Batu 14 Hulu Langat

sunting

Penduduk Kampung Baru Batu 14 Hulu Langat didatangkan dari kampung Sungai Tekali, Bakan dan lain-lain. Wakil penduduk iaitu Wong Hai Chong dan Sing Ah Choy ke pejabat MCA membantah penduduk tempat lain ditempatkan di sini. Rayuan itu diterima. 75 buah rumah dengan ukuran 30 kaki X 60 kaki dibina, dipagar kawat berduri dan dikenakan perintah berkurung.

Kampung Baru Dengkil

sunting

Mereka didatangkan dari Kebun Empat Tirang, Banting dan Ayer Itam. Penduduk seramai 2000 orang dan menggunakan dialek Hokkien. Sebahagian penduduk diarahkan pindah ke Kampung Baru Semenyih. Setelah rayuan, mereka tidak dipindahkan dengan syarat membina pagar kawat berduri.

Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee'.

80% penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan bekerja di luar kampung mereka.

Kampung Baru Balakong

sunting

Pada tahun 1950, penduduk Balakong seramai 2000 penduduk dari 300 keluarga didapati bersimpati dan membantu komunis. Lantas kerajaan bertindak memindahkan mereka ke kawasan lain.

Penduduknya hasil gabungan kawasan Chiang Kang, Eng Kang dan San Kang. Mereka keturunan Hokkien dan Kantonis. MCA memberi RM200.00 kepada setiap keluarga untuk membeli bahan binaan rumah. Tan Meng Yun pernah menjadi ketua Kampung Baru Balakong.

Kampung Baru ini berdekatan dengan Taman Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa sekarang ini.

Penduduk yang pindah ke sini dijanjikan rumah baru, malangnya saiz lebih kecil. Ada rumah yang dibuat daripada kulit kayu, atap nipah atau atap rumbia.

1953, Cuma 5 orang Kampung Baru Balakong bekerja sebagai pelombong. Peratusan mereka membuka kedai adalah tidak diketahui dan 15 % sebagai buruh kasar.

Kampung Baru Batu 18 Hulu Langat

sunting

Penduduknya dipindahkan dari Kampung Jawa, Sungai Lui, Kuala Perdek, Lubuk Kelubi, Kampung Perdana dan Kampung Parson. Tan Chuan Hock pernah menjadi ketua kampung Kampung Batu 18.

Kerajaan menyediakan 18 ekar tanah untuk menampung 4300 orang penduduk Sedangkan penduduk bergantung kepada tanah untuk sara hidup.

Kampung Baru Broga

sunting

1953 seramai 850 penduduk kampung ini ditahan selama 10 hari sewaktu perintah berkurung kerana cuba meninggalkan kampung baru ini.

4 Ogos 1953, cuma ada sebuah kedai kopi dan kedai makanan dibenarkan dibuka semula.

Kampung Baru Broga menjadi tempat persembunyian dan pangkalan komunis.

Chan Tai Chee yang pernah menjadi wakil Parti Komunis Malaya tinggal di Kampung Baru Broga.

Pekerjaan penduduk Kampung Baru

sunting

Daripada bancian 1952 di darah Hulu Langat, 730 penduduk Kampung Baru Sungai Chua adalah penoreh getah. 254 penduduk Kampung Baru Semenyih adalah penoreh getah. 204 penduduk Kampung Baru Balakong adalah penoreh getah. 730 penduduk Kampung Baru Sungai Chua adalah penoreh getah. Sedangkan ketika itu kejatuhan harga getah berlaku. Ini menyebabkan mereka menganggur.

Sedikit sahaja menjadi penternak babi, pekedai dan pelombong bijih timah.

1953, Cuma 5 orang Kampung Baru Balakong bekerja sebagai pelombong. 5% membuka kedai dan 15% sebagai buruh kasar.

Kebanyakan penduduk tidak mempunyai lesen tanah yang kekal. Mereka hanya menduduki tanah yang dikenakan tol setiap tahun.

Kaedah pemusatan tanah tidak sesuai untuk ternakan babi, lembu dan ayam. Masalah bau, kumbahan yang teruk mendatangkan bantahan daripada penduduk Melayu dan Cina sendiri. Ladang ternakan babi di Broga, Semenyih, Dengkil dan Batu 9 dan Batu 11 berhadapan dengan tanah yang kecil, sempit dan tidak sesuai.

Rasa cemburu

sunting

Orang Melayu tidak banyak terlibat dengan penempatan semula. Kampung tradisional dan mempunyai taraf Tanah Simpanan Melayu tidak dimajukan sebagaimana kampung baru.

Kampung tradisional ini tidak dibekalkan dengan bekalan air, sistem longkang, jalan raya yang sempurna dan bertaburan d sana-sini.

Terdapat kampung baru yang dibina di atas Tanah Simpanan Melayu.

Tanah milik Mohamad Amin bin Haji Mustahal telah diambil untuk membina kampung baru.

Pada tahun 1951, permohonan Mohamad Ali bin Haji Arshad untuk berniaga di Kampung Baru Dengkil telah ditolak.

Peraturan Darurat

sunting

Pada bulan Mei 1949, Peraturan Darurat 17E dikeluarkan: memberi kuasa kepada Raja di setiap negeri untuk menghalau setinggan dengan notis selama satu bulan.

Pada bula Ogos 1949 pula, Peraturan Darurat 17F dikeluarkan: memberi kuasa kepada Menteri Besar dan Pesuruhjaya Residen Negeri-negeri Selat untuk memindahkan setinggan ke kawasan yang baru. Sesiapa yang enggan pindah akan didenda RM1000.00 atau sebulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Peranan MCA

sunting

MCA atau Persatuan Cina Malaya banyak membantu menubuhkan kampung baru. Presiden MCA cawangan Selangor ketika itu ialah Tun Lee Hau Shik.

Pada bulan Jun 1950 MCA menyumbang RM65,345,10 untuk membina kampung-kampung baru. Dari bulanFebruari 1950 hingga tahun 1953, cabutan loteri ‘Million Dolar Lottery‘ diadakan. Keuntungan dari cabutan loteri ini digunakan untuk kebajikan.

Tabung Kebajikan MCA turut diadakan di bawah pimpinan Tun Lee Hau Shik. RM40,535,41 dapat dikumpulkan pada Julai 1950 hingga Mac 1952.

Pada bulan Oktober 1950, MC memberi RM850.00 kepada setinggan di Semenyih untuk membeli atap.

Pada bulan Februari 1951, RM50.00 diberi kepada Yap Yin, seorang setinggan.

Pada bulan Mei 1951, RM1500.00 diberi kepada setinggan di Dengkil.

Pada bulan Julai 1951 RM50.00 diberi kepada setinggan bernama Chee Soon.

Pada bulan November 1951, RM550.00 digunakan untuk membina sekolah di Kampung Baru Cheras Batu 9 dan Batu 11.

MCA pusat pimpinan Tan Cheng Lock menemui Jame Griffith, Setiausaha Tanah Jajahan British menyeru agar syarat kewarganegaraan dalam Perjanjian Persekutuan 1948 patut dilonggarkan.

Pada bulan September 1952, Mesyuarat Raja-Raja Melayu setuju melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan bagi membolehkan 1.2 juta orang Cina dan 180,000 orang India dengan serta merta menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Lihat juga

sunting

Persatuan Cina Malaysia