Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching, Raub

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching atau nama ringkasnya SJK (C) Chung Ching, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Lipis.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching
Lokasi
Jalan Lipis, RAUB, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6093501881
Kod sekolahCBC6031
Faks6093501880


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching memiliki 348 pelajar lelaki dan 335 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 683 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah sunting

1918 Ditubuhkan dengan menggunakan nama Nan Hwa

1922 Pungutan derma untuk membina bangunan baru beralamat di Jalan Lipis dijalankan dan bertukar nama kepada Chong Hwa


1924 Sekolah Ching Wen ditubuhkan beralamat di Jalan Pekeliling ( dikenali sebagai SMK Chung Ching )

1929 Bangunan Sekolah Chong Hwa siap dibina ( sama tempat dengan SJKC Chung Ching sekarang )

1942 Kedua-dua buah sekolah diperhentikan kerana pencerobohan tentera Jepun dan digunakan sebagai markas tentera Jepun.


1945 Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Sekolah Chong Hwa dijadikan markas tentera British. Pihak lembaga pengelola kedua-dua buah sekolah iaitu Sekolah Ching Wen & Sekolah Chong Hwa bercadang supaya kedua-dua buah sekolah tersebut dibuka semula.


1947 Pada 1hb Disember, perasmian pembukaan sesi persekolahan dilangsungkan di Sekolah Ching Wen dan bertukar nama sekolah kepada‘Sekolah Gabungan Chong Hwa Ching Wen’ .


1958 Pertama kali kelas menengah dibuka dan nama sekolah dibubar kepada ‘Sekolah Menengah & Rendah Chung Ching’ .


1962 Disebabkan polisi Dasar Pendidikan Negara, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah terpaksa dipisahkan. Sekolah Menengah bertempat di Jalan Lipis dan Sekolah Rendah pula bertempat di Jalan Pekeliling



1982 Kedua-dua pihak lembaga pengelola sekolah bermesyuarat dan mencapai persetujuan iaitu setuju menukar lokasi sekolah berkenaan. Sekolah Rendah Chung Ching ditukar ke Jalan Lipis manakala Sekolah Menengah ditempatkan di Jalan Pekeliling.

1983 Pembinaan bangunan baru empat tingkat susulan kekurangan bilik darjah.


1992 Perasmian bangunan baru empat tingkat oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Dr. Tan Tiong Hong, Ahli Parlimen kawasan Raub.

1997 Pengetua SMK Chung Ching Encik Wong Hin Seng bertukar dan menjadi Guru Besar sekolah ini.


1999 Encik Ng Kim Eng menjadi Guru Besar. Sekolah mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina bangunan baru empat tingkat.


2000 Projek pembinaan bangunan baru empat tingkat bermula.

2001 Bangunan baru empat tingkat siap dibina. Puan Chow Siew Cheng menjadi Guru Besar .

2002 Cadangan melaksanakan Program Bestari dan seterusnya menganjurkan sesi latihan untuk semua guru.

2003 Pelaksanaan Program Bestari.

2004 Pembinaan dua buah bilik darjah baru. Pemansuhan sesi petang.


2006 Pengubahsuaian empat buah bilik darjah dijadikan bilik ICT. Kos tersebut ditanggung oleh pihak Kementerian. Sebanyak 40 buah komputer dibekalkan.


2007 Bilik Akses ( Internet ) diwujudkan oleh Kementerian. Pusat Sumber Sekolah dicadang oleh PPD Raub dan berjaya dicalonkan ke dalam pertandingan PERPUSPA 2006.


2008 Cadangan membina dewan serbaguna sekolah oleh PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Murid-Murid Tua Chung Ching diluluskan dengan sebulat suara dan mendapat sokongan kuat daripada Nanyang Siang Pao, Syarikat Carlsberg dan dermaan orang ramai. Malam Amal 10 Penyanyi dilangsungkan pada 2-11-08 . Pada bulan Disember, dewan sekolah siap dibina.

Pelaksanaan Pendidikan Pra Sekolah. Dewan sekolah siap dibina.









.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching
Jalan Lipis
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093501881
Fax = 6093501880

Pautan luar sunting