Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ping Ming, Johor Baharu

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ping Ming atau nama ringkasnya SJK(C) Ping Ming, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Lima Kedai,.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ping Ming
Lokasi
 Malaysia Lima Kedai,, 81120, Johor Bahru,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075101943
Kod sekolahJBC1022
Guru besarTAY SIOK HONG[1]
Faks6075104682


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ping Ming memiliki 889 pelajar lelaki dan 782 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1671 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Sejarah sunting

Tahun 1947— Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ping Ming hanyalah sebuah rumah atap. Sebelum tahun 1947, masih belum ada sekolah di Lima Kedai. Pada masa itu, terdapat 50 orang pelajar dan hanya 2 orang ahli fakulti.

Tahun 1947-1950— JawatanKuasa Pembangunan Sekolah yang diketuai oleh En.Lim Beng Lock mengubahsuai bangunan sekolah dari rumah atap dengan wang kutipan derma. Segala perbelanjaan sekolah ditanggung oleh tuan pekebun dan penoreh getah tempatan sebanyak RM 1600.00.

Tahun 1952-1953— Dapat Peruntukan Kerajaan sebanyak RM 18,000.00 bagi mendirikan bilik darjah papan. Oleh kerana masih kekurangan wang, sekolah mengutip derma dari orang perseorangan untuk mendirikan sekolah papan. Pada masa itu, bilangan murid seramai 170 orang dan bilangan guru merupakan 4 orang.

Tahun 1954— Bangunan kelas papan siap dibina dan mula digunakan. Pada masa itu, bilangan murid seramai 200 orang, bilangan guru ialah 6 orang.

Tahun 1981— Pembinaan dewan, pejabat guru dan perpustakaan melalui kutipan derma. (sekarang dijadikan bilik guru dan bilik pentadbiran)

Tahun 1995— Rancangan Malaysia ke-6, memperuntukan 300 ribu untuk membina bangunan 2 tingkat-blok A (6 bilik darjah).

Tahun 1997— Bersama dengan penganjur “Nang Yang Siang Bao”dan penaja “Sykt Guiness Stout” telah menganjurkan persembahan “Shi Da Yi Yan” untuk mengutip derma sebanyak enam ratus dua puluh ribu (27/7/1997).

Tahun 1999/8— Bangunan 4 tingkat bersama dewan serbaguna siap dibina. Pada bulan yang sama, murid-murid dan guru telah berpindah ke bangunan baru ini.Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu YB Dato’ Seri Dr.Fong Chan Onn menyumbang derma sebanyak 30 ribu untuk menambah kelengkapan perpustakaan. Wakil rakyat turut memberi sumbangan bagi menambah peralat sistem siaran dan membina pentas bagi dewan sekolah.

Tahun 2000— Sekolah menjemput Dato’ Yap Seng Hock merasmikan bangunan 4 tingkat. Pada masa itu, timbalan menteri pendidikan telah melancarkan program sekolah bestari dan juga mengadakan majlis penubuhan sekolah ulang tahun ke-53. Dalam majlis tersebut, pihak sekolah berjaya memohon pertambahan komputer sebanyak 25 buah. Pihak sekolah juga menjalankan pentadbiran urusan sekolah secara berkomputer (21/10/2000).Pembinaan bangunan kantin–peruntukan kerajaan 100 ribu.

Tahan 2001-2002— Pertambahan murid secara mendadak dalam tahun ini. Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG telah menyumbang derma dan meminta derma daripada wakil rakyat untuk menambah baik kelengkapan sekolah. Y.B. Bekas ahli parlimen Gelang Patah itu menderma RM40,000 untuk membesarkan kantin sekolah.

Tahun 2002— Peruntukan 42 ribu untuk pembinaan susur gajah dari dewan ke tempat persinggahan bas. Peruntukan 94 ribu untuk pembinaan astaka sukan.

Tahun 2005— Majlis Kutipan Derma dijalankan dan berjaya mengutip derma sebanyak 970 ribu. Kutipan derma sebanyak 2 kali berjumlah 1200 ribu telah cukup untuk membina bangunan 4 tingkat-blok C. Dijangka siap dibina pada akhir tahun bulan Disember.

Tahun 2006— Bangunan 4 tingkat siap dibina dan digunakan segera. Bilangan murid pada 2006 adalah sebanyak 1205 orang.

Tahun 2007— Timbakan Menteri Pelajaran Y.B.Dato’ Hon Choon Kim telah merasmikan blok empat tingkat. Pada hari itu, sekolah juga mengadakan “Jogathon Ping Ming” untuk memeriahkan majlis tersebut.

Tahun 2008— Bilangan murid mencapai 1425 orang, pertambahan murid sebanyak 214 orang, sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah dan kemudahan inflastruktur lagi. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, satu bangunan pentadbiran baru akan didirikan untuk menampung bilangan guru dan murid yang semakin meningkat.

Tahun 2009— Demi keselamatan para murid, Pihak PIBG dan Lembaga Pengurus telah membina susur gajah berbumbung di luar kantin (Pintu –C) supaya anak murid tidak dihujani semasa menunggu ibu bapa.

Tahun 2010— Bangunan Pentadbiran (Blok -D) Baru 4 tingkat diserahkunci oleh En Haji Abd.Rahim B.Mohamad, En Sutahar B.Mori, En. Choo Kok Wah (Wakil JKR) kepada Pn Chen Li Choo (Guru Besar) dan di saksikan oleh AJK Lembaga Pengurus dan PIBG pada 5.1.2010.

Tahun 2011— Guru Besar Pn.Chen Li Choo ditukar ke SJK (C) St.Joseph, manakala En Wong Loke Say ditukar ke SJK (C) Ping Ming sebagai Guru Besar Baru. 2 bilik darjah Blok–D diubahsuai menjadi bilik guru sesi petang supaya urusan pentadbiran lebih bersistematik.

Tahun 2012— Guru Besar En.Wong Loke Say ditukar ke SJK (C) PU SZE dan Guru Besar Baru Cik Tan Chow Choo melaporkan diri ke sekolah. Pihak sekolah telah membuat permohonan untuk peruntukan pendawaian dan telah mendapat kelulusan pendawaian semula. Projek ini telah mendapat peruntukan Jabatan Pelajaran dan siap pada bulan Jun.

Tahun 2013— Hari Pilihanraya 2013. SJK (C) Ping Ming sebagai pusat pilihanraya. Terdapat sebanyak 5000+ pengundi.

Tahun 2015— Dewan baharu dibina pada 2015 dan digunakan pada 2016. Dewan itu boleh menampung 2000 orang。

Tahun 2018— Skrin LED besar mula digunakan.

Tahun 2019— Pelajar datang dan balik sekolah pada pintu C, keadaan jalan bergelombang, dan lalu lintas sering terhalang. Oleh itu, pihak sekolah memperbaik permukaan jalan supaya pelajar boleh kekal selamat. Dewan asal dijadikan sebagai dewan yang berhawa dingin.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ping Ming
Lima Kedai,
81120, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6075101943
Faks = 6075104682

Rujukan sunting

http://pmlk.webs.com/Scan10004a.JPG http://pmlk.webs.com/Picture1.jpg http://pmlk.webs.com/Picture6.jpg http://pmlk.webs.com/Picture7.jpg http://pmlk.webs.com/Picture10.jpg http://pmlk.webs.com/Picture11.jpg http://pmlk.webs.com/DSC04452.JPG

Pautan luar sunting