Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Dua

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Dua atau nama ringkasnya SJK (C) Sungai Dua, Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di dalam Kampung Sungai Dua. Sekolah ini berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Kedua-dua sekolah ini dipisahkan oleh Lebuhraya Pantai Timur yang dibina di tengah-tengah kawasan kampung.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Dua
Lokasi
 Malaysia Kg. Sungai Dua, KARAK, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTAAT SETIA, MENGASIHI IBUBAPA, KEGIGIHAN, JUJUR & BENAR
Nombor sekolah09 - 231 1619
Kod sekolahCBC 0029
Pengerusi PIBGLOH SAI MEN
PengetuaKEE SHUIT CHIN
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Shee Tian Woon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Phon Lai Kien
Penolong Kanan KokurikulumCik Chong Wai Ting
Faks09 - 231 1619


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Dua memiliki 44 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 92 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubukan pada November 1945 atas usaha daripada beberapa orang pengasas yang sangat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak di Kampung Sungai Dua. Pada permulaanya, dua bilik darjah sementara telah dibina dan menempatkan seramai 60 orang murid. Pada tika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Swasta Khai Ming.

Pada tahun 1947, pengerusi jawatankuasa sekolah pada waktu itu telah mencadangkan supaya dua buah bilik darjah yang kekal didirikan. Cadangan beliau menerima respons yang baik dan hasilnya sebanyak empat ribu ringgit telah dikumpulkan daripada ibu bapa dan penduduk kampung untuk membina bilik darjah. Pembinaan biliik darjah baharu bermula pada akhir tahun 1948 dan mula digunakan pada awal tahun 1949.

Ketika darurat yang beraku pada tahun 1950-an, dua bilik darjah yang baru dibina telah dipinjam guna oleh pihak askar. Oleh itu, murid-murid meneruskan pembelajaran mereka di rumah pengerusi jawatankuasa sekolah. Waktu itu, bilangan murid telah berkurangan kepada 20 orang sahaja.

Pada tahun 1951, pihak askar telah memulangkan semula kedua-dua bilik darjah tersebut. Sekaligus bilangan murid yang hadir meningkat kepada 50 orang. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada 80 orang pada tahun 1954. Peningkatan bilangan murid ini menjadikan bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid. Oleh itu, Lembaga Pengelola Sekolah bersama-sama beberapa orang penduduk telah menghulurkan bantuan kewangan dan tenaga kerja untuk sebuah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Sekolah ini seterusnya bertukar nama kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Dua. Tahun 1976, jumlah murid di sekolah ini melebihi 200 orang.

Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia yang Ketiga, Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan sebanyak RM 80 000 untuk membina sebuah kompleks sekolah yang baru. Kompleks sekolah ini dibina di atas tanah seluas 5 hektar yang mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah kantin. Pembinaan bangunan siap pada tahun 1978. Para murid ketika itu belajar di bilik darjah baru dan bilik darjah lama. Seterusnya, peruntukan sebanyak RM 70 000 telah diluluskan Kementerian Pendidikan untuk membina tiga buah bilik darjah baru. Bilik darjah ini siap pada kahir tahun 1980. Pada tahun 1981, jumlah murid dan guru di sekolah ini adalah seramai 217 orang.

Pada tahun 1986, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM 30 000 daripada Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Tan Sri Chan Sang untuk membina bangunan pusat sumber sekolah. Selain itu, Lembaga Pengelola Sekolah juga berusaha mengutip derma untuk membina garaj, gelanggang dan sebuah lagi bilik darjah. Lembanga Pengelola Sekolah juga turut memohon peruntukan kerajaan bagi pembinaan rumah guru pada tahun 1987. Tahun 1989, keceriaan kawasan sekolah telah dipergiatkan.

Pada tahun 1990, sekolah ini menerima peruntukan untuk membina sebuah gelanggang badminton dan taman permainan kanak-kanak. Setelah itu, sekolah ini telah mendapat kebenaran untuk membuka prasekolah pada tahun 1992. Dalam tahun yang sama, Lembaga Pengelola Sekolah telah mengutip derma untuk membina dewan sekolah yang menelan belanja sebanyak RM 150 000.

Sekolah ini telah menerima peruntukan sebanyak RM 35 000 sumbangan Datuk Lim Ah Lek dan sebanyak RM 23 000 daripada En. Wong Fan Chong pada tahu 1994. Peruntukan ini digunakan untuk membina sebuah bilik darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup dan sebuah makmal komputer. Pada masa kini, SJKC Sungai Dua telah memiiki infrastruktur yang lengkap. Namun begitu, sekolah ini mengalami masalah pengurangan murid daripada 200 orang pada tahun 1980-an kepada hanya 64 orang murid pada tika ini.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Dua
Kampung Sungai Dua
28600 Karak,
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon = 09 - 231 1619
Fax = 09 - 231 1619

Pautan luar sunting