Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Chee

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Chee atau nama ringkasnya SJK(C) Yit Chee, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Panchor.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Chee
Lokasi
Pusing, 31550, Kinta Utara, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052882755
Kod sekolahABC2130
Faks6052882755


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Chee memiliki 86 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 184 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah sunting

SJKC Yit Chee diasaskan oleh sekumpulan pelombong dari China yang menetap di Pusing kerana tempat ini adalah kaya dengan bijih timah. Pelombong-pelombong membina sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1902. Segala pembelanjaan sekolah adalah di biayai oleh sekumpulan pelombong tersebut.

Pada tahun 1920, Pihak pengurus sekolah berjaya membeli 2 buah bangunan kedai dan didaftar sebagai harta SJKC Yit Chee. Pihak pengurus dapat mengutip sewa dari sewaan rumah kedai tersebut. Kutipan tersebut telah diguankan untuk membangunkan struktur sekolah.

Pada tahun 1938, bangunan asal SJKC Yit Chee telah musnah dalam kebakaran. Oleh yang demikian, kerja mengutip derma telah dilangsungkan untuk mengutip derma demi membina bangunan sekolah baru.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Chee
Jalan Panchor
31550, Pusing
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052882755
Fax = 6052882755

Pautan luar sunting