Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Ketil


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Ketil atau nama ringkasnya SJKC Kuala Ketil, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Ketil
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044163351
Kod sekolahKBC0043
Laman sesawang


Sejarah sunting

SJK(C) Kuala Ketil ditubuhkan pada 1926. Ia terletak di rumah kedai Pengerusi Lembaga Sekolah. Bilangan murid juga hanya lebih kurang 20 orang sahaja. Dari setahun ke setahun, bilangan murid kian bertambah. Hasil usaha dua orang tempatan, bilangan kelas dapat ditambah. Pada ketika itu, sekolah itu dikenali sebagai Sekolah Rendah Wah Keow atau Sekolah Wah Lian.

Pada Zaman Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup. Pada bulan Oktober 1945, setelah perang tamat, sekolah ini dibuka semula. Pada 1955, dengan wang bantuan kerajaan, 3 buah bilik darjah didirikan. Pada 1961, 3 buah bilik darjah ditambah lagi hasil bantuan orang ramai.

Sekarang sekolah ini dikenali sebagai SJK(C) Kuala Ketil dan terletak berhampiran Pekan Kuala Ketil.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Ketil
09300 Kuala Ketil,
Kedah
Telefon = 044163351


Rujukan sunting

Pautan luar sunting