Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir

Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir atau nama ringkasnya SK Bagan Pasir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km32 Jalan Bagan Datoh.

Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir
Lokasi
Km32 Jalan Bagan Datoh, 36200, Selekoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056480201
Kod sekolahABA5031
Faks6056480201


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir memiliki 129 pelajar lelaki dan 114 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 243 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir terletak di tepi jalan raya antara Teluk Intan dengan Bagan Datoh bersebelahan Balai Polis Rungkup, iaitu kira-kira 32 km dari bandar Teluk Intan. Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Bagan Pasir dan telah didirikan pada 10 Mac 1923 di atas tanah simpanan kerajaan di Tebuk Haji Wahab Tengah oleh orang kampung diketuai oleh Ketua Kampungnya Encik Endut. Bangunan yang berukuran 30’ x 20’ ini diperbuat daripada kayu kayan hutan dan beratapkan nipah menampung seramai 48 orang murid pada masa itu. Bangunan sekolah ini telah runtuh pada 1928 dan dibina semula oleh kerajaan pada 1929 di atas tapak sekarang, iaitu di tanah kerajaan Lot 3444. Disamping bangunan sekolah ini tiga buah rumah guru juga dibina. Bangunan kayu nibong dan atap nipah ini menampung seramai 110 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Pada Jun 1939, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh kekal berukuran 105’ x 25’ beratap genting, berlantaikan simen bagi menampung murid yang meningkat ke angka 160 orang pada tahun 1938.

Pada masa Pemerintahan Jepun sekolah ini dibuka seperti biasa dengan Bahasa Jepun diutamakan. Jumlah muridnya 180 orang dengan 5 orang guru. Pada tahun 1946, persekolahan bagi murid Darjah 6 dimulakan, dimana murid yang lulus diambil sebagai guru pelatih. Pasukan Pengakap juga ditubuhkan pada masa itu. Sekolah ini dijadikan Pejabat Guru Pelawat pada tahun 1949. Pelajaran Bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1951 dan Kelas Urusan Rumah Tangga diadakan pada tahun 1953. Bangunan tambahan sementara yang didirikan pada tahun 1951 telah runtuh pada tahun 1958 dan telah dibina semula oleh orang-orang kampung. Jumlah murid pada masa itu 350 orang orang dengan 11 orang guru.

Pada 1 Mac 1956, kerajaan telah membina sebuah bangunan cawangan berukuran 90’ x 25’. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan mula digunakan pada 1 Mac 1958 dengan 360 orang murid dan 12 orang guru. Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Bagan Pasir. Pada 1 Januari 1958 sebuah lagi bangunan cawangan dibina oleh kerajaan bagi menggantikan bangunan sementara yang ada untuk menampung 450 orang murid dengan 12 orang guru. Ibu bapa pula telah mendirikan sebuah kantin sementara. Kelas Pertukangan Kayu dengan 20 orang murid diadakan pada tahun 1959. Sekolah ini terus maju dan bilangan muridnya meningkat ke 454 orang dengan 19 orang guru pada tahun 1961.

Sekolah ini telah dijadikan Pusat Kursus Hisab dan Sains bagi Daerah Hilir Perak pada tahun 1971. Pada 1 Jun 1978 kerajaan telah mendirikan bangunan kekal yang ada sekarang. Bangunan ini telah digunakan pada 1 Ogos 1983 dan telah diramsikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak pada 29 November 1983. Sekolah ini telah mendapat bantuan Rancangan Bank Dunia bagi beberapa jenis peralatan sekolah. Sekolah ini telah dijadikan salah satu dari Rancangan Pusat Sumber Daerah bagi Daerah Hilir Perak. Pada masa itu jumlah muridnya dalah seramai 302 orang dan 16 orang tenaga pengajar. Sekolah ini juga mempunyai seorang Kerani, Pelayan Pejabat, Tukang Sapu, Tukang Kebun dan Jaga.

Pada tahun 1991, sekolah ini mendapat peruntukan daripada Y.A.B Menteri Pelajaran waktu itu sebanyak RM10000 bagi membina gelanggang permainan serbaguna berukuran 110’ x 60’ pengurusan PLB.Pada tahun ini juga Kelas Pra Sekolah diadakan di sekolah ini dan guru yang pertamanya adalah Puan Zaharah bt.Hariri. Pada tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 4 buah bilik darjah di bawah pengurusan PLB. Pada tahun ini juga Kelas Pra Sekolah diadakan di sekolah ini dan guru yang pertamanya adalah Puan Zaharah bt.Hariri. Pada tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 2 buah bilik, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan sebuah prasekolah.

Dibawah peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah ini mendapat sebuah Makmal Komputer dengan 22 buah komputer di bawah Program Pengkomputeran Sekolah Fasa I pada tahun 2000 di atas tapak rumah guru dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada tahun 2002. Mulai 14 Februari 2005 Program J-Qaf telah dijalankan di sekolah ini dengan mendapat tambahan 3 orang guru agama.

Sebuah Pra Sekolah yang baru telah dibina pada tahun 2007 di bahagian belakang kantin dan telah digunakan pada sesi persekolahan tahun2008 dan mendapat seorang lagi guru pra sekolah beserta pembantu. Dalam RMK9 sekolah ini mendapat satu blok bangunan gantian bagi mengganti bangunan gotong-royong yang didirikan pada tahun 1956 yang telah uzur. Pembinaan bangunan ini bermula pada bulan Jun 2009 dan mula diguna pada 3 Januari 2011. Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah PejabatPentadbiran, sebuah bilik Guru Besar, tiga buah bilik Penolong Kanan, sebuah Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, bilik BBM, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Setor Sukan, Bilik BOSS, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan j-Qaf dan 2 unit Surau.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir
Km32 Jalan Bagan Datoh
36200, Selekoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056480201
Fax = 6056480201

Pautan luar sunting