Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

sekolah rendah di Malaysia

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau nama ringkasnya SK Bandar Baru Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Yam Bharu.

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Alamat
Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor
 Malaysia Bandar Utama Batang Kali, BATANG KALI, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0360573855
Kod sekolahBBA5025
Guru besarMohd Hasren Bin Damiri
GPK Pentadbiran dan AkademikNormastura Binti Mohd. Nawi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridKhairulazri Bin Hamdan
Penolong Kanan KokurikulumShafirudin Bin Kadir
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangMohd Faizul Yatim Bin Mohamad
SK3BK DI MERCU


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali memiliki 966 pelajar lelaki dan 882 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1848 orang. Ia mempunyai seramai 89 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK Bandar Baru Batang Kali terletak di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor. Pembinaan sekolah ini dimulakan pada awal tahun 2000 seiring dengan kepesatan kawasan penempatan di Ligamas, pastinya sekolah ini akan menjadi tumpuan anak-anak penduduk setempat. SK Bandar Baru Batang Kali telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana pada masa itu diwakili oleh Jabatan Pendidikan Selangor pada bulan September 2001. Bulan Disember menjadi titik bermulanya pengurusan dan pentadbiran sekolah ini dengan lantikan guru besar dan para pentadbir perintis. Pada awal pengoperasian, sekolah ini menempatkan 24 buah bilik darjah dan terdapat beberapa bilik khas iaitu Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik Matematik, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Mesyuarat, Bilik Pemulihan, Bilik Kesihatan, Bilik Persalinan, Setor Sukan, Bilik Skim Pinjaman Buku Teks dan Kedai Buku. Manakala bangunan sekolah ini terdiri daripada 4 buah blok iaitu Blok A, B, C dan D. Semua kelas dan bilik khas ditempatkan di dalam blok ini. Kantin, padang permainan, gelanggang, parkir kereta dan dataran perhimpunan juga tersedia di dalam kawasan sekolah.

SK Bandar Baru Batang Kali mula dibuka pada 1 Januari 2002 dengan menerima 25 orang guru perintis. Pada 3 Januari 2002 tercatatlah sejarah apabila seramai 890 orang pelajar Tahun 1 hingga 6 memulakan pembelajaran mereka di sini. Pada awal tahun penubuhan sekolah ini, ramai murid yang tercicir mendaftar terpaksa ditolak penempatan di sekolah ini kerana hanya mampu menampung enrolmen seramai 960 orang murid dengan jumlah guru yang berkhidmat seramai 32 orang sahaja.


Senarai Guru Besar sunting

Hjh. Latifah binti Mahluddin

Tahun 2002 - 2007

Hj. Maskuri bin Borhan

Tahun 2008 - 2009

Hjh. Khairani @ Khirani binti Abu Bakar

Tahun 2010 – 13 Mei 2012

Mohd. Hafiz bin Hj. Md. Sharif

Tahun 2013 – 2014

Zakaria bin Ismail

Tahun 2015 – 11 Ogos 2016

Isnayani Binti Zulkapli

16 Ogos 2016 – 3 April 2020

Mohd. Hasren bin Damiri

1 Jun 2020 – Kini

Senarai Nama Kelas sunting

Prasekolah - Ibnu Rush

Tahun 1 - 6:

Neptun

Zuhal

Zuhrah

Utarid

Marikh

Musytari

Uranus

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali,
Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali,
44300 Batang Kali,
Hulu Selangor,
Malaysia.
Telefon = 360573855
Fax = 360573513

Pautan luar sunting