Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang

Sekolah Kebangsaan Bangau atau nama ringkasnya SK Bangau, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Bangau Tanjung.

Sekolah Kebangsaan Bangau
Lokasi
Kampung Bangau Tanjung, TEMERLOH, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6092965216
Kod sekolahCBA7030
PengetuaEncik Mohamad Zaini bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Yusman b Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Roslan bin Ramli
Penolong Kanan KokurikulumPn Salina bt Simat
Faks6092965216


Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Bangau memiliki 78 pelajar lelaki dan 94 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 172 orang termasuk Prasekolah. Ia mempunyai seramai 18 orang guru. Guru Besar sekarang ialah Encik Mohamad Zaini bin Ismail yang mula bertugas di sekolah ini pada 30 Mei 2015, Guru Besar sebelumnya ialah Tn Hj Parudi bin Md Noor yang telah bersara wajib.

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada 1914. Pada tahun 2014 telah diadakan sambutan 100 tahun SK Bangau yang dihadiri oleh bekas pelajar SK Bangau termasuklah Dato Sri Ismail Sabri.

Sekolah ini telah melahirkan tokoh-tokoh ( personaliti Unggul ) seperti Tan Sri Abd Rahman Talib ( Menteri Pelajaran ) Tok Bentara Raja Tan Sri Yahya Mohd Seth ( Menteri Besar Pahang ), Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob ( Perdana Menteri Malaysia ke-9) dan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ), tokoh akademik dan korporat.

Pencapaian sunting

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGAU TELAH DINOBATKAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 - 2014 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bangau
Kampung Bangau Tanjung
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092965216
Fax = 6092965216
Email : cba7030.skbangau@yahoo.com.my

Pautan luar sunting