Sekolah Kebangsaan Batu Kikir

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir atau nama ringkasnya SK Batu Kikir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala Pilah-Bahau.

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir
Lokasi
 Malaysia Jalan Kuala Pilah-Bahau, 72200, Batu Kikir,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064981311
Kod sekolahNBE6001
PengetuaEN. ISMAIL BIN SHARIF
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. ZURAIDA BT AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. AHMAD KHURSAIRI B. ISMAIL
Penolong Kanan KokurikulumEN. JAILANI B. AHMAD
Faks6064985404
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Kikir memiliki 417 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 775 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir ditubuhkan pada tahun 1956 yang dahulunya dikenali sebagai Standard Type Primary School yang menawarkan sekolah aliran inggeris yang pertama di Daerah Jempol.

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir didirikan di atas sebidang tanah (No Lot 277/hak milik Rezab Sekolah) yang telah diwakafkan oleh adik kepada Pendeta Za'ba iaitu Encik Yusof bin Ahmad seluas 5 ekar. Tapak ini pada awalnya ialah 100% tanah gebun getah.

Pada masa itu jumlah pelajarnya hanya 139 orang yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun 1965, wujud pula Sekolah Menengah Inggeris yang pertama id Daerah Jempol yang berkongsi bangunan dengan Standard Primary School.Bangunan dihadapan untuk pelajar sekolah rendah sementara 2 blok dibelakang untuk sekolah menengah.

Kerajaan kemudian mengambil keputusan untuk menukarkan Batu Kikir Standard Type Primary School kepada aliran Melayu sepenuhnya dan kemudian dikenali Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1970 yang mana Sekolah Kebangsaan Batu Kikir kekal di tempatnya, sementara Secondary Primary School berpindah ke bangunannya sendiri yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah (Model Khas) Batu kikir.[1]

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Batu Kikir
Jalan Kuala Pilah-Bahau
72200, Batu Kikir
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064981311
Fax = 6064985404

Pautan luar sunting