Sekolah Kebangsaan Dato' Idris

Sekolah Kebangsaan Dato' Idris atau nama ringkasnya SK Dato' Idris, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Tanjong Ipoh.

Sekolah Kebangsaan Dato' Idris
Lokasi
Tanjong Ipoh, 71500, Tanjong Ipoh,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064887342
Kod sekolahNBB1044
Guru besarHjh Mysiah Bt Hj Idris
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Khidzari B Mohd Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSaid Ramlan B Ishak
Penolong Kanan KokurikulumRamdzan B Awang Kechik
Faks6064887342
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Idris memiliki 181 pelajar lelaki dan 191 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 372 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah sunting

Tahun 1897/98,sebuah bangunan baru dibina di tapak rumah guru sekarang tetapi telah terbakar pada tahun 1902.Kayu-kayu yang dapat diselamatkan digunakan semula untuk memperbaiki bangunan dan siap pada tahun 1903. Pelajar terdiri dari murid lelaki sahaja sehingga tahun 1925.Pada tahun 1918-1927,semasa pentadbiran Guru Besar En Omar b Kaya, sekolah ini telah mendapat pangkat terlalu baik di antara sekolah-sekolah seluruh NS selama 4 tahun.Hj Talib b Badat seorang tokoh tempatan telah membenarkan bangunan sekolah perempuan ini didirikan di atas tanahnya di kawasan padang SMK Dato Abd Samad sekarang.Sekolah ini digunakan sehingga 1936Tahun 1936, sebuah bangunan kayu 2 tingkat dibina dan masih kekal hingga sekarang. Sekolah ini telah mendapat perhatian kerajaan NS kerana kejayaannya di bidang akademik.Bangunan ini telah diresmikan pembukaannya oleh DYMM Yang Dipertuan NS,Tuanku Abd Rahman Ibni Al Marhum Muhammad pada Januari 1937.Sekolah ini satu-satunya mempunyai pasukan Band Scout yang alat muziknya disumbangkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan.Sekolah ini juga mempunyai kelas bertenun kain,pertukangan dan menggunting rambut yang dibina di tapak berhampiran Tanah Waqaf.Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh kerajaan tentera Jepun dan pelajaran bahasa Jepun menjadi matapelajaran utama.Mulai 1 Jan 1954,sekolah 2 aliran diwujudkan di mana guru besar Sekolah Inggeris adalah En T.Malvahanan dan Sekolah Melayu adalah Tn Hj Mahat b Sepan. Tahun 1956,bangunan Sekolah Inggeris siap dibina di Tapak SMK Dato’Abd Samad yang kini telah dijadikan bangunan pentadbiran sekolah berkenaan.Pada 1 Januari 1977,sebuah bangunan baru 4 tingkat telah dibina bersebelahan bangunan kayu 2 tingkat.Bangunan dan kawasan Sekolah Rendah Idris telah diserahkan kepada SMK Dato’ Samad.Sek Ren Inggeris dan Sek Keb Tg Ipoh telah disatukan dan dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Idris Tg Ipoh.Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris,tg Ipoh.Sekolah ini juga menawarkan sebuah kelas pra sekolah yang mempunyai kolam renang.Sebuah kelas Pendidikan Khas Integrasi untuk anak-anak istimewa dibuka pada tahun 2009.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Dato' Idris
Tanjong Ipoh
71500, Tanjong Ipoh
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064887342
Fax = 6064887342

Pautan luar sunting