Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad
Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad atau nama ringkasnya SK Datu Pengiran Mohamad, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat.
Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad | |
---|---|
Lokasi | |
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BELAJAR DAN BERDISPLIN |
Nombor sekolah | 6084867225 |
Kod sekolah | YBE3501 |
Guru besar | En Lias bin Haji Daud |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Sedek @ Sidek bin Hj Yusu |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Wadi Fatimah binti Suhai |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Jaidah binti Isa |
Faks | 6084867225 |
Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad memiliki 213 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 350 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru dan 12 orang staf sokongan.2016
Sejarah sunting
Menyingkap sejarah pembangunan fizikalnya, sekolah ini dibina berdekatan dengan Sungai Batang Oya diatas tanah Encik Idris Bin Iman. Bangunannya berstrukturkan kayu dan berlantaikan nibongserta beratapkan daun rumbiadan berdindingkan daun nipah. Pada awal tahun 1930, bangunan baru dibina bagi menggantikan bangunan sekolah yang lamadan uzur. Struktur dan pelan bangunan hampir sama kecuali nama sekolah telah ditukar kepada” Sekolah Datu Pengiran Mohamad”dan dibawah seliaan Kerajaan British. Bilangan murid bertambah ramai dan murid yang berumur mendominasikan kelas-kelas standard dua dan dan tiga. Nama sekolah ini wujud bersempenadengan nama seorang pembesar tempatan ( SARAWAK NATIVE OFFICER (SNO) iaitu Datu Pengiran Mohamad.
Pada tahun 1941, sekolah ini telah diambilalih oleh pemerintahan jepun. Pada tahun 1945, urusan pentadbiran sekolah diambilalih oleh British setelah Jepun menyerah kalah. Justeru, keadaan sekolah belum begitu ramai murid dan penduduk tidak mahu pergi ke sekolah kerana masih ramai yang susah akibat peperangan dengan tentera Jepun. Seterusnya, pada tahun 1957, sekolah ini dibina semula dan strukturnya agak kuat, teguh dan tapak bangunan juga dipindah ke tempat yang lebih sesuai dan luas. Ramai anak orang Oya belajar di sekolah ini dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris disamping Bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua ( Vermacular).
Setelah Sarawak membentuk Malaysia, keadaan sekolah ini berubah dan prestasi akademik lebih menyerlah cemerlang. Ramai murid yang lulus “ Common Entrance Examination”dan melanjutkan pelajaran keperingkat menengah dah university.
Pada tanggal 7 April 2014 warga SK DPM telah berpindah ke bangunan baru yang terletak dijalan Oya-Dalat. Justeru , SK DPM masih megah gagah dan tersergam indah serta redha untuk mencatat sejarah lantas dihayati oleh generasi muda dalam meniti dan menggapai ilmu pengetahuan. Disinilah para pendidik menabur jasa dan mentarbiakan murid agar lebih cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam senario Pendidikan, disiplin dan arena sukan.
Pencapaian sunting
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat
- 96300, Dalat
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6084867225
- Fax = 6084867225