Sekolah Kebangsaan Kampong Aur


Sekolah Kebangsaan Kampong Aur terletak lebih kurang 44 kilometer dari bandar  Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini merupakan sekolah gred B dan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. Jarak di antara sekolah ini dengan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin adalah 144 kilometer dan jarak ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang adalah 154 kilometer. Bilangan murid sekolah ini adalah seramai 121 orang termasuk 15 orang murid Prasekolah. Bilangan guru pula adalah seramai 20 orang dan mempunyai seramai 2 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan seorang Pembantu Am Pejabat (PAP). Murid-murid sekolah ini datangnya daripada beberapa buah kampung. Selain Kampung Aur, terdapat empat buah kampung masyarakat Orang Asli di sekitarnya. Kampung-kampung tersebut iaitu Kampung Pelam, Kampung Keladan, Kampung Mikang dan Kampung Buluh Nipis.

Sekolah Kebangsaan Kampong Aur
Lokasi
 Malaysia Kampung Aur, MUADZAM SHAH, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094530017
Kod sekolahCBA8007
Faks6094531017

Sejarah sunting

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampong Aur terletak di Kampung Aur, Muadzam Shah, Pahang. Bergeografikan bukit-bukit, sekolah ini terbina di Kampung Aur. Nama sekolah ini diambil berdasarkan nama kampung tersebut. Mengikut sejarah, Kampung Aur mendapat nama disebabkan di tebing sungai di situ terdapat banyak buluh aur. Kampung Aur adalah merupakan kampung tradisional tertua di daerah Rompin. Ianya terletak di bawah Mukim Keratong. Kini Kampung Aur terletak di bawah Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam. Semasa negeri Pahang diperintah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah pada tahun 1960-an dan 1970-an, baginda selalu datang ke Kampung Aur kerana ada pesta keramaian yang besar dan juga pesta menuba ikan di sungai kampung tersebut. Pesta keramaian dan menuba ikan itu telah dijadikan acara tahunan yang mana akan dihadiri baginda Sultan Pahang.

Sekolah Kebangsaan Kampong Aur pada awalnya diusahakan dan diasaskan oleh seorang penduduk yang bernama Tuan Haji Tahir bin Sidik. Beliau telah mengasaskan sekolah ini pada tahun 1937. Beliau telah menggunakan dan menjadikan sebuah rumah untuk dijadikan sekolah. Pada awal pembukaannya, sekolah ini mempunyai hanya seramai 10 orang murid dan beliau adalah satu-satunya guru yang mengajar pada ketika itu. Beliau bukanlah seorang guru yang terlatih. Beliau telah membuka sekolah di kampung itu atas dasar ingin menolong penduduk kampung yang dahaga dan memerlukan pendidikan. Gaji beliau dibayar hasil daripada kutipan penduduk kampung. Pada tahun 1950, kerajaan telah mengambil alih sekolah tersebut, lantas menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Keratong. Tuan Haji Tahir dengan sendirinya terpaksa meletakkan jawatan. Selepas itu beliau terus tinggal di Kampung Aur sebagai penduduk biasa. Pada tahun 1970-an, sekolah ini telah bertukar nama sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Kampong Aur hinggalah sekarang.

Sebagaimana sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Kampong Aur telah beroperasi dengan fokus memberikan ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada anak-anak penduduk kampung tersebut. Walaupun 70 % murid terdiri daripada murid orang Asli tetapi guru-guru tetap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa memberi pendidikan tanpa mengira agama dan bangsa.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Aur
Kampung Aur
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094530017
Fax = 6094531017

Pautan luar sunting