Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Senggarang

Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru atau nama ringkasnya SK Kampong Bahru, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bahru, Senggarang.

Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru
Lokasi
 Malaysia Kampong Bahru, Senggarang, 83200, Senggarang,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074291020
Kod sekolahJBA0060
Faks6074294800


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru memiliki 161 pelajar lelaki dan 172 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 333 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Senggarang telah ditubuhkan pada tahun 1912 lagi. Pada awalnya, ia dibina hasil usaha penduduk kampung yang membina sekolah tersebut di atas tapak tanah EMR 472 Lot 112 di Parit Hailam, Senggarang Batu Pahat. Pada mulanya ia diberi nama Sekolah Melayu Kampung Bahru, dan bangunannya dibina daripada kayu-kayu bulat dan beratapkan nipah.

Pengasas Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru, Senggarang adalah Naib Penghulu Mulim 10, Tuan Hj. Koridi dan rakan-rakannya. Gurunya pada peringkat awal hanyalah dua orang iaitu En. Bon Bin Mohd Arif sebagai Guru Besar dan Guru Penolong Sekolah.

Pada tahun 1923, Sekolah Melayu Kampung Bahru berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh kerajaan di atas tapak tanah Lot 893 Kampung Bahru iaitu sebuah bangunan separuh batu. Tanah seluas ¼ ekar ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj Noor Bin Kariman. Guru Besar pertamanya ialah En. Hamzah Bin Abdullah.

Tahun 1947, Sekolah Seri Caya Timur ditubuhkan tidak jauh dari tapak Sekolah Melayu Kampung Bahru. Sekolah ini khusus untuk murid-murid perempuan dan Guru Besar pertamanya ialah Pn Hjh. Zahrah bt. Mohd Salleh (1947-1957).

Tahun 1952, Sekolah Seri Setia ditubuhkan untuk murid-murid lelaki sahaja. Tapak sekolahnya di Sekolah Melayu Kampung Bahru.

Pada tahun 1962, ketiga-tiga sekolah ialah Sekolah Melayu Kampung Bahru, Sekolah Seri Setia dan Sekolah Perempuan Caya Timur digabungkan di bawah satu pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru

Pada tahun 1974, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Senggarang mendapat sebuah bangunan 2 tingkat yang telah didirikan bagi menggantikan bangunan lama. Tahun 1976, bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Mahathir Mohamad (Menteri Pelajaran pada masa itu).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru
Kampong Bahru, Senggarang
83200, Senggarang
Johor, Malaysia
Telefon = 6074291020
Fax = 6074294800

Pautan luar sunting