Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak

Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak atau nama ringkasnya SK Kampung Jepak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu.

Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu, 97000, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Jenis A
Nombor sekolah+6086201273
Kod sekolahYBA9102
Guru besarEN. IBRAHIM BIN ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikCIK LAILA SUHANA BINTI MORSHIDI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. SAMIAH BINTI RUMPUT
Penolong Kanan KokurikulumEN. MEZELAN BIN MASSIMUN
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangEN. ZAIDDEL BIN HJ ANIS
Faks+6086201784


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak memiliki 530 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1018 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini telah di bina pada tahun 1955 dengan nama "Sekolah Kampung Jepak Primary School". Sekolah ini diwujudkan memandangkan kerumitan dan kesulitan penduduk kampung kerana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah ke seberang sungai Batang Kemena iaitu di Sekolah Orang Kaya Mohamad dan SR St. Anthony.

Oleh yang demikian, satu jawatankuasa khas kampung, yang terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Jepak, Kampung Sebuan Kecil dan Kampung Sebuan Besar, telah ditubuhkan dan bertindak telah menubuhkan sebuah sekolah serta bergotong-royong untuk membina sekolah ini. Jawatankusa ini dinamakan komuniti sekolah yang terdiri daripada ketua kampung dan pemimpin-pemimpin Kampung Jepak.

Bentuk asal bangunan ini ialah bangunannya berbentuk bangsal dan mempunyai dua bilik darjah dan sesi persekolahan pertama di sekolah ini bermula pada 1 Januari 1966 dan hanya dua orang tenaga pengajar dan 80 orang murid yang bersekolah di sini.

Bangunan kedua sekolah ini pula dibina pada 1962 dan dibina dari papan dan beratap kayu berlian yang didirikan oleh Bintulu District Council. Hanya terdapat empat buah bilik darjah dan kemudiannya bangunan ini dirobohkan pada 13 November 1986 dengan bangunan yang dibina daripada konkrit. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A di kawasan Bintulu.

Pengurusan sunting

GURU BESAR
EN. IBRAHIM BIN ISMAIL
PK 1
CIK LAILA SUHANA BINTI MORSHIDI
PK HEM
PN. SAMIAH BINTI RUMPUT
PK KK
EN. MEZELAN BIN MASSIMUN
GURU PENYELIA PETANG
EN. ZAIDDEL BIN HJ ANIS

Alamat sunting

NAMA SEKOLAH  : SK KAMPUNG JEPAK (YBA 9102)
ALAMAT SEKOLAH  : D/A Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu,
KM 5, Jalan Sultan Iskandar,
97000 Bintulu, Sarawak.
NO. TEL SEKOLAH  : 086-201273 / 086-201921
NO. FAKS SEKOLAH  : 086-201784
KATEGORI SEKOLAH  : A
WEBPAGE  : https://skkpgjepak.jimdo.com/
EMEL Rasmi Sekolah: skkjepakbtu@gmail.com
EMEL PENYELARAS VLE: vleadmin.yba9102@yes.my
EMEL PENYUNTING WIKI/WEBSITE SEKOLAH: skkjictcrew@gmail.com
EMEL RASMI 1GOVUC
e-mel Sekolah ~ yba9102@moe.edu.my
e-mel Penyelaras ICT ~ gpict.yba9102@moe.edu.my
e-mel Penyelaras Frog VLE ~ gpvle.yba9102@moe.edu.my
e-mel Juruteknik Komputer ~ jtk.yba9102@moe.edu.my

Lagu Sekolah sunting

LIRIK LAGU LAMA SEKOLAH (Sehingga 2014)
.
Sungguh indah sekolah ku
SK Kampung Jepak
Tempat ku menuntut ilmu
Bersama rakan semua
.
Dari pagi hingga petang
Bersama guru yang ku sayang
Menulis membaca dan mengira
Sungguh riang dan gembira
.
Kemahuan kunci kejayaan
Maju dan teruslah maju
Kejayaan semua lapangan
Harapan kita bersama
.
Sungguh megah sekolah ku
SK Kampung Jepak
Kan ku ingat dan ku kenang
Sehingga ke akhir zaman
.
LIRIK LAGU BARU "GAPURA CENDEKIANA" (Selepas 2015)
.
Langkah cergas dan gagah Menuju ke sekolah Megah tesergam indah Berjasa bersejarah Dengan semangat waja Kita perjuangkan bersama Lestarikan cita-cita Cemerlang dan bitara Visi kita martabatkan Potensi diperkembangkan Kecemerlangan dibudayakan Anugerah kita rangkulkan Usah lalai dan leka Berazam tingkatkan usaha Wangi semerbak selamanya Bersinar bercahaya Jadi kebanggaan semua *Lagu dan lirik digubah oleh Encik Ali Sabri bin Saber Ali Khan (Gurubesar 2015-2017)

Misi sunting

Kami warga SK KAMPUNG JEPAK akan berusaha memastikan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dalam persekitaran yang kondusif dengan kerjasama komuniti melalui pengurusan dan pentadbiran yang tulus dan telus serta budaya bersahsiah tinggi.

Visi sunting

Menjadikan SK KAMPUNG JEPAK sekolah yang cemerlang tahun 2015.

Motto sunting

KEMAHUAN KUNCI KEJAYAAN


Homepage sunting