Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang atau nama ringkasnya SK Kampung Kenang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalong Tinggi. Sekolah ini adalah sekolah murid orang asli. Sekolah ini terdiri Sekolah Perdana ,Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Sekolah ini terdapat 9 kelas perdana dengan seramai 256 orang pelajar, Sebuah prasekolah dengan seramai 17 orang pelajar dan 3 kelas PPKI dengan sermai 25 orang pelajar

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang
Lokasi
 Malaysia Jalong Tinggi, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055989510
Kod sekolahABA4053
Faks-


Pada 2022, Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang memiliki 167 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 298 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru dan 12 staf.

Sejarah sunting

Pada tahun 1968 bermula sistem persekolah aliran melayu di pendalaman Jalong Tinggi Sungai Siput (u) Perak untuk pelajar orang asli. Pada awalnya pentadbiran sekolah ini dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) bertempat di Kampung Landap. Pada tahun 1980 sekolah ini berpindah ke Kampung Kenang. Pada mualnya hanya sebuah bangunan kayu dibina dan mempunyai 2 bilik darjah.

Pada 1 April 1980 bermulanya era baru bagi sekolah ini. Pada tarikh tersebut, sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.Seorang guru besar di tugaskan di sini iaitu En Kamarulzaman bin Haji Adam dan merupakan guru besar pertama bagi sekolah ini.

Pencapaian sunting

  1. Johan Sudut Komik Pusat Sumber Negeri Perak 2022
  2. Naib Johan Pengurusan RMT dan Kantin Terbaik Negeri Perak Kategori Sekolah Murid Orang Asli 2022
  3. Johan Shield Lunas Kulim untuk Ragbi 2022

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang
Jalong Tinggi
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055989510

Pautan luar sunting