Sekolah Kebangsaan Klait
Sekolah Kebangsaan Klait atau nama ringkasnya SK Klait, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Klait. Kampung Klait terletak di daerah Sebuyau di dalam Bahagian Simunjan. Terdapat 2 jalan dari kuching ke sekolah ini iaitu dari Kuching ke Serian dan melalui Simunjan atau dari Kuching ke Samarahan melalui Feri Sungai Buloh.
Sekolah Kebangsaan Klait | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, 94850,Daerah Kecil Sebuyau,Simunjan,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1979 |
Kod sekolah | YBA8321 |
Pengerusi PIBG | Donald |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Steu Juni ( Lantikan dalaman) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Sharifah Hindon Binti Wan Yaman (Lantikan Dalaman) |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohd.Shah Rizan Bin Othman (Lantikan Dalaman) |
Laman sesawang | http://skklait.webs.com |
Sejarah sunting
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1979 di Kampung Klait. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1981. Guru Besar pertama pada masa itu ialah Encik Achin Anak Enchau. Beliau merupakan satu-satunya guru pada masa itu. Beliau telah bertugas di situ selama 14 tahun. Seramai 12 orang guru dan 3 orang staf yang bertugas di sekolah ini.
Ia dilengkapi dengan sistem generatornya sendiri.[1]
Warga Sekolah sunting
Pada 2013, Sekolah Kebangsaan Klait memiliki 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 30 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Klait
- 94850, Sebuyau, Simunjan
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA
- Talian Internet = Ada menggunakan VSAT (TM)
Rujukan sunting
Pautan luar sunting
- Laman web Sekolah: http://skklait.webs.com
- Facebook Sekolah: http://www.facebook.com/sk.klait