Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda

Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda
Lokasi
 Malaysia D/A Pej Pel Gab Kch Jln Diplomatik Off Jln Bako, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082257100
Kod sekolahYBE1202
Faks6082257100

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1958. Idea untuk menubuhkan sekolah ini diusahakan oleh Encik Mohd. Yusup Bin Haji Omar. Semasa itu, beliau yang menjawat jawatan pengerusi Jawatankuasa Sekolah Kampung bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa mendesak Majlis Tempatan dan Jabatan Pendidikan untuk mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya. Setelah mendapat restu maka sekolah ini dinamakan Sekolah Lumba Kuda kerana ia berdekatan dengan Padang Kelab Lumba Kuda.


Bangunan sekolah yang pertama dibina pada 28 Februari 1958 dan diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah dan dapat menampung seramai 160 orang murid. kos pembinaannya ialah RM26 000. Pembukaan bangunan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching iaitu Datuk William Tan.


Pada bulan Julai 1959, dua buah bilik darjah telah dibina lagi. Memandangkan jumlah murid kian bertambah, maka dalam awal tahun 1962 sebuah bangunan yang mempunyai 6 buah bilik darjah telah dibina. Bangunan dua tingkat ini diperbuat daripada kayu. Semua perbelanjaan ditanggung oleh Majlis Tempatan Kuching. Pada tahun yang sama juga, perkhidmatan pergigian diperkenalkan di sekolah ini dengan mendirikan sebuah Klinik Pergigian Sekolah.


Pada tahun 1970, Majlis Perbandaran Kuching dengan bantuan Jabatan Pendidikan membina sebuah kantin. Kemudahan ini diberi juga kepada murid-murid Sekolah Rendah Padungan yang baru siap dibina berdekatan kawasan Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda pada akhir tahun 1969 untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah akibat pertambahan pendudukan di kawasan perumahan Kenyalang Park, kawasan Sekama dan Jalan Ellis yang datang menuntut di sekolah ini.


Pada tahun yang sama, sebuah bangunan konkrit dua tingkat yang mempunyai 12 buah bilik darjah telah di bina bersama dengan kemudahan elektrik, kipas siling dan tandas moden. Dengan tambahan bangunan ini, maka sekolah ini mempunyai 24 buah bilik darjah. Ini adalah semata-mata untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah.


Luas kawasan sekolah ini ialah 2 ekar atau 0.8 hektar. Semenjak dari tahun 1975 hingga 1984 sekolah ini telah digunakan untuk menempatkan sementara 3 buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Bintawa, Sekolah Menengah Muara Tuang dan Sekolah Menengah Lumba Kuda. Semua pelajar sekolah menengah tersebut belajar di sebelah petang.


Dalam tahun 1984, Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda diarah bergabung dengan Sekolah Rendah Kerajaan Padungan. Maka pada Januari 1985, Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda dikekalkan tetapi Sekolah Rendah Kerajaan Padungan dipadamkan dan dianggap tutup. Bangunan Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda yang lama itu diambil alih oleh Sekolah Menengah Kerajaan Lumba Kuda.


Bangunan yang dihadapan sekarang mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik stor serta satu blok tandas untuk murid. Ia dibina pada tahun 1964 dan menelan belanja sebanyak RM110 000. Bangunan ini juga dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching pada masa itu iaitu Datuk Ong Kee Hui. Pembukaan rasmi diadakan pada 17 November 1964.


Bangunan di belakang mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat, sebuah bilik stor dan tandas untuk guru lelaki dan guru perempuan. Ia dibina pada tahun 1969 dengan menelan belanja sebanyak RM76 000. Sebahagian daripada kos pembinaan bangunan itu telah dibiayai oleh Jabatan Pendidikan. Luas kawasan sekolah ini ialah 1 ekar atau 0.4 hektar.


Lewat tahun 1992, Jabatan Pendidikan telah meluluskan dua projek dengan peruntukan sebanyak RM80 000 untuk pembinaan sebuah kantin dan sebuah gelanggang pelbagai guna seperti gelanggang bola keranjang dan gelanggang tenis yang siap dibina pada bulan Disember 1992. Dengan kemudahan ini, murid-murid di sekolah ini dapat menikmati kemudahan rekreasi setanding dengan sekolah lain.


Buat masa sekarang, sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Aliran Bahasa Malaysia mempunyai 12 buah kelas dan Bahasa Cina mempunyai 6 buah kelas.Oleh kerana sekolah ini mengalami kekurangan bilik darjah maka Kelas Tahun 1, 2 dan 3 aliran Bahasa Malaysia belajar di sesi petang dan Kelas Tahun 4, 5 dan 6 aliran Bahasa Malaysia serta Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 aliran Bahasa Cina belajar di sebelah pagi..

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda
D/A Pej Pel Gab Kch Jln Diplomatik Off Jln Bako
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082257100
Fax = 6082257100

Pautan luar sunting