Sekolah Kebangsaan Maokil 1

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Maokil 1 atau nama ringkasnya SK LKTP Maokil 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Gugusan Maokil, Labis, Johor dan beralamat di Jalan Angsana, Felda Maokil. Labis.

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Maokil 1
Lokasi
SK LKTP Maokil 1, Jalan Angsana Felda Maokil, 85300, Labis,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERIMAN BERAMAL
Nombor sekolah6079191168
Kod sekolahJBA7040
Guru besarCIKGU BAHARIM BIN BUROH
GPK Pentadbiran dan AkademikCIKGU HASLINA BINTI SELIMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCIKGU NORAZMAN B JAUHARI
Penolong Kanan KokurikulumCIKGU ISKANDAR SYAH BIN SAMIGON
Faks6079191168


Ditubuhkan pada Januari 1989 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Felda Maokil. Persekolahan dijalankan dalam dua sesi, pagi dan petang. Berpindah ke tapak sekarang seluas 17.5 hektar pada Januari 1990 dan berpecah kepada dua buah sekolah iaitu SK LKTP Maokil 1 dan SK LKTP Maokil 2 kerana bilangan murid melebihi 2000 orang. Namun begitu bilangan murid ini semakin berkurangan dari setahun ke setahun. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Maokil 1 memiliki 144 pelajar lelaki dan 147 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 291 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

  • Mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 9, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 03 Mac 2015.
  • Mencapai tahap Sekolah Cemerlang UPSR bagi kategori sekolah dalam FELDA peringkat Negeri Johor, Malaysia pada 2010 hingga 2015
  • Mencapai tahap Sekolah Terbaik UPSR bagi kategori sekolah dalam FELDA peringkat kebangsaan tahun 2015.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Maokil 1
JKR 1732, Jalan Angsana, Felda Maokil, Labis,
85300, Segamat,
Johor, Malaysia
Telefon = 6079191168
Fax = 6079191168

Pautan luar sunting